resepi sardin telur

Kalau sedang mencari idea menu menggunakan sardin tin, apa kata jom cuba resepi sardin telur petai yang mudah, cepat dan penuh rasa di bawah ini. Gabungan sardin yang digoreng garing, telur yang lembut serta aroma petai yang unik menjadikan lauk ringkas ini cukup menyelerakan.

Apa yang buat resepi sardin telur petai ini lebih istimewa ialah teknik menggoreng isi sardin terlebih dahulu sebelum dimasak bersama sosnya. Tekstur sardin jadi lebih enak dan tidak mudah hancur ketika dimasak.

Bayangkan nasi panas digaul bersama kuah sardin yang sedikit pedas, telur yang menyerap rasa sos serta petai yang rangup beraroma. Memang sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam yang cepat dan mengenyangkan.

Baca juga: Cara Masak Ayam Kicap 3 Budak Gemok, Ada Bahan Rahsia Ini Yang Buat Rasa Lagi Sedap!

RESEPI SARDIN TELUR PETAI

resepi sardin telur

Bahan-bahan:

  • Sardin
  • Telur
  • Petai
  • Bawang merah (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Bawang besar (dihiris)
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
  • Sedikit sos tiram
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit air
  • Limau nipis

Cara-cara penyediaan:

  1. Mula-mula, asingkan isi sardin dan sos daripada dalam tin. Ketepikan sos kerana ia akan digunakan untuk membuat kuah nanti.
  2. Panaskan minyak dan goreng isi sardin sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos daripada tin sardin tadi bersama sedikit air. Kacau rata dan biarkan ia mendidih seketika.
  5. Tambahkan sedikit sos tiram, garam dan gula mengikut citarasa.
  6. Masukkan kembali isi sardin yang telah digoreng. Tekan-tekan sedikit supaya isi sardin hancur dan sebati bersama kuah.
  7. Pecahkan telur di atas sardin dan biarkan seketika tanpa dikacau.
  8. Taburkan petai, cili padi dan bawang besar yang telah dihiris.
  9. Tutup kuali dan biarkan telur masak mengikut tahap kematangan yang disukai.
  10. Akhir sekali, perahkan sedikit limau nipis sebelum dihidangkan.

Siap! Resepi sardin telur petai ini memang sesuai untuk yang mahukan lauk mudah tetapi tetap menyelerakan. Makan bersama nasi putih panas-panas, pasti licin pinggan!

Sumber: Zaihanififie Abu Bakar

Baca juga: Resipi Sambal Kering Ikan Pedas Manis, Lauk Simple Tapi Memang Nikmat Dengan Nasi Panas

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN