
Resepi sotong telur masin memang antara menu yang tak pernah mengecewakan, terutama bagi penggemar makanan berkuah lemak masin-masin berempah. Gabungan sotong yang rangup di luar tetapi masih lembut di dalam, bersama kuah telur masin yang creamy memang buat selera naik mendadak.
Menu ini juga selalu jadi pilihan kalau makan di restoran seafood atau menu masakan panas. Tapi sebenarnya, versi homemade lagi puas hati sebab kita boleh kawal rasa ikut selera sendiri. Nak lebih pedas, lebih lemak atau lebih “kering” pun boleh.
Kalau ada sotong di rumah, resipi ini memang sesuai sangat untuk dicuba. Cara dia pun tak susah mana, bahan pun ringkas saja tapi hasilnya memang padu macam makan di kedai.
Baca juga: Resipi Sambal Sotong Pekat Melekat, Sekali Cuba Confirm Nak Tambah Nasi Lagi!
RESEPI SOTONG TELUR MASIN

Bahan-bahan sotong:
- 10 ekor sotong kecil (potong nipis)
- 5 sudu besar tepung jagung
- 3 sudu besar lada sulah
- 1 biji telur
- Sedikit garam
Bahan kuah telur masin:
- Beberapa helai daun kari
- 3 batang cili padi (boleh tambah jika nak pedas)
- 3 sudu besar butter (salted)
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar serbuk pati ayam
- Kuning telur masin (dari 3 biji telur masin – rebus, ambil kuning sahaja & hancurkan sedikit)
Cara-cara penyediaan:
- Gaulkan sotong bersama tepung jagung, lada sulah, telur dan sedikit garam hingga rata.
- Panaskan minyak dan goreng sotong selama 3 hingga 4 minit sahaja. Jangan terlalu lama supaya sotong tidak liat. Angkat dan ketepikan.
- Untuk kuah, cairkan butter dalam kuali. Masukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan dan masak sehingga berbuih serta naik aroma wangi.
- Masukkan cili padi, daun kari dan serbuk pati ayam. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat dan berlemak.
- Masukkan sotong yang telah digoreng tadi, gaul hingga semua sotong bersalut sekata dengan kuah telur masin.
- Tutup api dan taburkan gula. Gaul lagi kira-kira seminit supaya rasa seimbang masin, lemak dan sedikit manis.
- Siap untuk dihidang panas-panas dengan nasi putih.
Sumber: Nita Wan
Baca juga: Resipi Singgang Sotong Ketuk Serai Paling Mudah, Satukan Semua Bahan & Tunggu Mendidih Saja!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














