mi segera udang

Mi segera boleh diolah jadi hidangan yang lebih sedap dan menyelerakan. Versi mi segera udang tumis basah ini mempunyai aroma yang lebih wangi, kuah yang berperisa dan rasa yang lebih padu berbanding mi segera biasa.

Bila dimasak secara tumis terlebih dahulu, rasa mi jadi lebih ‘hidup’ dan tak terlalu kosong. Resipi ini ringkas dan mudah disediakan, sesuai untuk hidangan cepat tetapi tetap menyelerakan dan mengenyangkan.

Baca juga: Resipi Mi Segera Tumis Simple, Nak Lagi Sedap Tambah 1 Sudu ‘Bahan Ini’

RESIPI MI SEGERA UDANG TUMIS BASAH

mi segera udangv

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah rose, ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar pes cili Thai
  • 2 sudu besar sos cili
  • 200–250 g udang, bersihkan
  • 250 ml air
  • 1 paket perencah mi segera
  • 2 paket mi segera
  • 1 biji telur
  • Cili padi, bawang goreng dan daun sup untuk hiasan (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih sehingga halus.
  2. Panaskan kuali, tumis bawang yang telah ditumbuk bersama cili kisar, pes cili Thai dan sos cili hingga naik aroma.
  3. Masukkan udang, kacau hingga udang berubah warna.
  4. Setelah pecah minyak, tuangkan air. Farah suka guna air masak supaya cepat mendidih.
  5. Masukkan perencah mi segera dan kacau rata.
  6. Masukkan mi segera, masak hingga mi lembut.
  7. Pecahkan telur ke dalam kuali, kacau perlahan atau biar sekejap untuk telur separuh masak.
  8. Tunggu 1–2 minit, kemudian taburkan cili padi, bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan jika suka.
  9. Siap! Boleh terus dihidang dan dinikmati.

Sumber: Nor Farah Atika

Baca juga: Resipi Mi Segera Kuah Simple Tapi Sedap, Menu Paling ‘Win’ Waktu Hujan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN