
Kalau anda sedang cari resepi bawang goreng rangup yang betul-betul jadi, tahan lama dan kekal krukk krakk walaupun dah lama simpan, resepi ini memang wajib cuba di rumah.
Ramai yang buat bawang goreng tapi hasilnya cepat lemau atau lembik. Rupa-rupanya, rahsia bawang goreng yang rangup terletak pada cara gaul dan teknik menggoreng yang betul.
Resepi ini juga sangat mudah sebab cuma guna tiga bahan asas iaitu bawang merah kecil, garam halus dan tepung beras. Tapi, anda boleh hasilkan bawang goreng yang garing sekata dan wangi.
Baca juga: Tip Rebus Jantung Pisang Supaya Putih Bersih & Tiada Birat Hitam, Dijamin Berkesan!
RESEPI BAWANG GORENG RANGUP

Bahan-bahan:
- Bawang merah kecil
- Garam halus
- Tepung beras
Cara membuat:
- Kupas dan hiris bawang merah kecil secara nipis.
- Gaul dengan sedikit garam terlebih dahulu supaya bawang serata perasa.
- Kemudian, masukkan tepung beras dan gaul rata.
- Anggaran: untuk 1 kg bawang, guna 1 sudu kecil garam dan 1 senduk (±5 sudu besar) tepung beras. Kalau nampak bawang belum tersalut sempurna, boleh tambah sedikit lagi tepung/
- Gaul rata guna tangan supaya tepung melekat elok pada bawang.
- Panaskan minyak yang banyak dan goreng bawang sedikit demi sedikit.
- Jangan masukkan terlalu banyak sekali gus, nanti bawang tak sekata garingnya.
- Kacau sekali-sekala saja supaya tak hancur.
- Bila bawang dah mula berwarna perang keemasan, terus tutup api dan kacau sekejap supaya tak hangus.
- Toskan minyak dan letak atas tisu dapur.
- Bila dah sejuk sepenuhnya, simpan dalam bekas kedap udara.
Sumber: Ibu Azzah
Baca juga: Rahsia Cili Kisar Tahan Lama Sampai 3 Bulan, Tetap Segar & Tak Berkulat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














