resepi agar agar santan

Apabila tekak teringin sesuatu yang manis, ramai akan cari resepi Agar Agar Santan. Tak perlu tunggu musim raya atau kenduri, anda boleh nikmatinya pada bila-bila masa.

Kelebihan dalam resepi Agar Agar Santan terletak pada rasa lemak santan yang berpadu dengan aroma pandan. Sekali suap, ia jadi lembut di mulut dan sejuk di tekak.

Resepi Agar Agar Santan yang dikongsikan oleh Az Zuhri di Facebook antara yang paling mudah dibuat dan hasilnya pasti memuaskan. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Santan Sirap Ros, Cantik Berlapis & Manis Berlemak Cukup Rasa!

RESEPI AGAR AGAR SANTAN

resepi agar agar santan

Bahan-bahan:

  • 25g serbuk agar agar
  • 1300ml air
  • 1 santan kotak (200g)
  • 1 biji telur
  • 250g gula pasir (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  • 2 ketul gula batu (pilihan, tak perlu letak jika tak suka terlalu manis)
  • 3 hingga 4 helai daun pandan atau sedikit pes pandan campur pewarna hijau (ikut citarasa)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan serbuk agar agar bersama air ke dalam periuk. Masak sampai larut dan mula mendidih.

2. Selepas itu, tambahkan gula, pes pandan dan pewarna. Kacau sampai gula betul-betul larut.

3. Dalam bekas berasingan, kacau santan bersama telur sehingga sebati.

4. Tuangkan campuran santan dan telur tadi ke dalam periuk agar agar. Kacau rata dan biarkan ia mendidih sekejap, lebih kurang 3 hingga 4 minit.

5. Seterusnya, tutup api dan segera tuangkan ke dalam acuan pilihan. Jika guna acuan lompang kecil, boleh dapat lebih kurang 55 biji.

6. Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. Lebih sedap apabila dihidangkan sejuk-sejuk.

resepi agar agar santan

Agar Agar Santan yang lemak manis memang tak jemu dimakan. Jika ada majlis atau sekadar nak buat pencuci mulut ringkas untuk keluarga, bolehlah cuba resepi mudah ini.

Selamat mencuba!

Sumber: Az Zuhri

Baca juga: Resepi Agar Agar Simple, Ini Tips Cantik Berkilat & Tak Pecah Bila Potong

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN