
Setelah penat bekerja seharian di luar, balik rumah mesti tekak teringin makan pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan. Oleh itu, bolehlah buat Agar Agar Santan Sirap Ros ini.
Resepi ini dikongsikan oleh kualihelena di Instagram dan memang nampak menarik untuk dicuba. Bahan-bahannya pun mudah nak dapat, cara masak pun tak susah langsung.
Baca juga: Resepi Agar Agar Pandan Santan Dengan 5 Bahan, Wangi Dan Lemak Manis Kejadiannya
RESIPI AGAR AGAR SANTAN SIRAP ROS

Bahan-bahan:
- 1 paket atau 10g serbuk agar-agar
- 4 cawan air
- 1 cawan gula
- 200ml santan
- 2 biji telur ayam
- Secubit garam
- Pewarna dan perisa ros
- Daun pandan (simpulkan)
Cara-cara membuat:
1. Masukkan air bersama gula, serbuk agar-agar, pewarna ros dan daun pandan. Kacau rata dan masak sampai mendidih.
2. Keluarkan daun pandan selepas kuah mendidih.
3. Dalam bekas lain, kocok santan bersama telur dan secubit garam.
4. Kecilkan api, masukkan campuran santan tadi ke dalam periuk. Kacau perlahan supaya tidak berketul.
5. Masak sampai adunan menggelegak atas api sederhana, kemudian tutup api.
6. Basahkan loyang, tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras pada suhu bilik.
7. Potong dan hidangkan sejuk-sejuk. Memang nikmat!
Resipi Agar-Agar Santan Sirap Ros ini sesuai untuk hidangan bersama keluarga. Rasa manis berlemak dengan aroma ros yang wangi, pasti buat orang tersenyum puas hati selepas makan.
Selamat mencuba!
Sumber: kualihelena
Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Agar Agar Kelapa Selasih, Cantik Macam Kolam Ikan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














