resepi agar agar simple

Selalunya kita boleh jumpa hidangan agar-agar disediakan sebagai pencuci mulut di kenduri saja. Tapi, anda boleh buat sendiri di rumah dengan resepi agar agar simple ini.

Memang tak boleh tahan jika nampak agar-agar yang berkilat dan cantik, mesti tak sabar nak makan. Dari dulu sampai sekarang, pencuci mulut ini tetap jadi pilihan ramai.

Resepi agar agar simple yang dikongsikan oleh Siti Husni di Facebook ini memang mudah dan pasti hasilnya menjadi walaupun untuk yang pertama kali buat. Jom kita cuba!

Baca juga: Agar Agar Santan Sirap Ros, Cantik Berlapis & Manis Berlemak Cukup Rasa!

RESEPI AGAR AGAR SIMPLE

resepi agar agar simple

Bahan untuk agar-agar biasa:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 5 cawan air (lebih kurang 1 liter)
  • ¾ cawan gula
  • Perisa atau pewarna pilihan (contoh: sirap ros)

Bahan untuk agar-agar bersusu:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10 gram)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • ½ cawan susu pekat manis
  • ½ cawan gula
  • Perisa atau perasa kegemaran

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Kacau sampai agar-agar larut.

2. Kemudian, masukkan gula dan kacau lagi sampai gula betul-betul larut.

3. Jika nak buat versi bersusu, masukkan susu cair dan susu pekat. Jika nak buat versi biasa, masukkan terus pewarna atau perisa kegemaran.

4. Selepas itu, masak sampai larutan mendidih dan kelihatan berkilat.

5. Kemudian, tutup api dan tuang ke dalam loyang atau acuan.

6. Biarkan sejuk di luar sekurang-kurangnya 1 jam, kemudian baru masukkan dalam peti sejuk.

7. Akhir sekali, tunggu 1 jam lagi sebelum dipotong. Siap untuk dinikmati!

resepi agar agar simple

Tips dalam resepi agar agar simple ini:

  • Sebelum tuang ke dalam loyang, bilas dulu loyang dengan air supaya mudah nak keluarkan apabila sudah keras nanti.
  • Biarkan agar agar betul-betul sejuk sebelum dipotong, barulah kemas dan tak pecah-pecah hasilnya.

Cara membuatnya mudah, tapi hasilnya memang puas hati. Jika tiba-tiba teringin makan pencuci mulut sejuk-sejuk, terus boleh buat dalam masa singkat.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Husni

Baca juga: Resepi Agar Agar Pandan Santan Dengan 5 Bahan, Wangi Dan Lemak Manis Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN