sambal ikan bilis kentang

Buat peminat lauk pedas, rangup dan cukup rasa, Sambal Ikan Bilis Kentang ini wajib masuk dalam senarai. Sekali rasa, boleh buat bertambah nasi sampai licin pinggan.

Lauk ini mempunyai gabungan tekstur rangup dari ikan bilis dan kentang goreng. Ditambah pula dengan cili yang ditumis sampai pecah minyak, baunya saja cukup menaikkan selera.

Perkongsian resipi ini datang daripada Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas di Facebook, yang sememangnya pandai bermain dengan rasa dalam hidangan. Jom kita cuba!

Baca juga: Sambal Tempe Kentang Ikan Bilis, Rangup Sampai Kunyah Tak Berhenti

RESIPI SAMBAL IKAN BILIS KENTANG

sambal ikan bilis kentang

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis (dibersihkan dan digoreng rangup)
  • 3 biji kentang (dipotong nipis atau ikut suka dan digoreng terlebih dahulu)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 10 biji cili merah dan cili hijau* (boleh campur atau ikut tahap kepedasan yang diingini

*Kisar kasar bahan bertanda (*).

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak secukupnya, tumis bahan yang telah dikisar kasar tadi (bawang besar, bawang putih, cili merah dan hijau). Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

2. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa (jika suka). Seimbangkan rasa mengikut citarasa masing-masing (ada yang suka lebih manis, ada yang suka betul-betul pedas).

3. Masukkan ikan bilis goreng dan kentang goreng tadi. Gaul rata sampai sebati dan menyelaputi semuanya. Siap untuk dihidang!

Sambal ini boleh dinikmati panas-panas atau disimpan untuk stok lauk beberapa hari. Nak tahan lama, simpan dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti sejuk. Apabila nak makan, panaskan balik saja.

Selamat mencuba!

Sumber: Nuraini Hazirah Zulkefli Parenzas

Baca juga: Sambal Ikan Bilis Petai, Lauk Paling Jimat Tapi Sedap Macam Mak Masak!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN