mee kari nyonya

Jika tanya orang Melaka dan Pulau Pinang tentang hidangan mi yang sedap, semestinya ramai akan jawab Mee Kari Nyonya. Jadi, kami nak kongsikan cara memasaknya yang mudah.

Mee Kari Nyonya merupakan hidangan mi berkuah terkenal di Malaysia yang berasal dari warisan masakan Peranakan atau Nyonya, iaitu gabungan budaya Melayu dan Cina.

Ramai tertarik dengan perkongsian resipi Mee Kari Nyonya oleh Nadia Sukiman di Facebook kerana hasil hidangannya sangat menyelerakan. Jom kita cuba!

Baca juga: Tips Kuah Mee Kari Yang Sedap, Wanita Ini Kongsi Rahsia Dari Air Tangan Ibunya

RESIPI MEE KARI NYONYA

mee kari nyonya

Bahan-bahan:

  • 1 bungkus mee kuning
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah kecil
  • 2 batang serai
  • 1 paket kecil kari jenama Babas (daging)
  • 1 paket kecil kari jenama Adabi (ayam atau daging)
  • Susu cair (sukatan agak-agak saja, saya tukar santan dengan susu cair)
  • 1 senduk kecil cili giling
  • 1 keping asam keping
  • Garam
  • Gula

Bahan-bahan tambahan:

Bahan-bahan sambal:

mee kari nyonya

Cara-cara memasak kuah:

1. Mula-mula, kisar bawang besar, bawang putih dan bawang merah kecil.

2. Selepas itu, tumis bahan kisar sampai naik bau.

3. Masukkan serbuk kari dan cili giling, kemudian tumis sampai pecah minyak.

4. Masukkan asam keping dan susu cair, kemudian kacau sampai mendidih.

5. Masukkan tauhu kering dan fishball, kemudian perasakan dengan gula dan garam mengikut selera tekak masing-masing.

6. Akhir sekali, boleh hidangkan bersama mee kuning yang sudah dicelur. Siap!

Cara-cara memasak sambal:

1. Mula-mula, rebus segenggam cili kering sampai kembang.

2. Selepas itu, kisar cili kering bersama sebiji bawang besar.

3. Kemudian, tumis sampai pecah minyak.

4. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap!

Anda boleh nikmati Mee Kari Nyonya ini pada waktu petang bersama keluarga tersayang. Selain itu, ia merupakan idea hidangan menarik untuk sebarang jamuan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nadia Sukiman

Baca juga: Resepi Mee Kari Ipoh, Ada Rahsia Kuah Lebih Ringan Dan Sedap Dihirup Berkali-Kali

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN