ayam goreng berempah ketumbar

Resipi ayam goreng  berempah ketumbar ini memang lain dari ayam goreng biasa. Ayam ini penuh dengan rasa kerana ia diperap dengan aneka rempah ratus sebelum digoreng.

Selalunya, bila goreng ayam kita hanya lumur dengan garam dan serbuk kunyit saja, kan? Kali ini, jom kita ‘upgrade’ sikit dengan cuba versi yang lebih sedap dan menyelerakan.

Bagi yang ingin mencuba, anda boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Encik Tengku Asmadi di bawah untuk mengetahui bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Lelaki Kongsi Resipi Ayam Goreng Berhantu Cara ‘Emak’, Gerenti Berebut Makan!

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH KETUMBAR

ayam goreng berempah ketumbar

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (dipotong kecil)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 sudu besar tepung goreng segera jenama yang disukai

Bahan kisar:

  • 1 buku bawang putih (anggaran 8–10 ulas)
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 6 sudu besar biji ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara penyediaan:

  1. Kisar semua bahan kisar hingga halus.
  2. Gaulkan bahan kisar bersama ayam yang telah dipotong.
  3. Masukkan garam, perasa dan tepung goreng segera. Gaul rata.
  4. Perap ayam semalaman di dalam peti sejuk untuk rasa yang lebih sebati dan enak.
  5. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan keemasan.

Sumber: Tengku Asmadi

Baca juga: Resipi Ayam Kicap Empat Dara, Rasa Lagi Pedas & Berempah Dari Biasa!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN