masak kicap ayam

Resipi masak kicap ayam empat dara yang dikongsikan oleh Neny Lai Han ini lagi sedap dan lebih berempah. Memang berbeza dari ayam kicap biasa.

Jika anda menyukai masakan yang pedas, wajib cuba resipi yang luar biasa ini. Dijamin akan makan selera dan bertambah nasi!

Kalau ada yang ingin mencuba, mari lihat resipi penuh di bawah untuk mengetahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Resipi Asam Pedas Ayam Khairul Aming, Kuah Pekat & Pedas Memang Padu!

RESEPI MASAK KICAP AYAM EMPAT DARA YANG PEDAS & BEREMPAH

masak kicap ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam secukupnya (gunakan 3 keping besar isi dada ayam)
  • 1 biji bawang holland – potong bulat
  • Secekak daun bawang – potong panjang 2 inci
  • Pes asam jawa
  • Cili api
  • Kicap pedas
  • Sos ABC lemak manis
  • Kicap lemak manis
  • 1 peket besar pes sambal tumis
  • 1 tbsp gula perang
  • Rempah 3 sekawan
  • 1 tsp biji ketumbar (sangai terlebih dahulu)

Bahan tumbuk:

  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 ruas jari halia
  • 2 biji buah keras
  • 1 tsp lada hitam biji

Cara memasak:

  1. Potong dada ayam mengikut suka, bersihkan dan tos. Kemudian, perasakan dengan garam, kunyit dan cili serbuk. Goreng separuh masak, kemudian ketepikan.
  2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah 3 sekawan bersama ketumbar biji hingga naik bau. Kemudian, masukkan pes sambal tumis dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga naik bau. Tuangkan satu per satu kicap, kacau rata dan tambahkan sedikit air masak. Biarkan merenih.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan kacau sebati. Kemudian, masukkan gula perang dan pes asam jawa, kacau sebati dan biarkan ayam sebati dengan bahan tumis.
  5. Akhir sekali, tumis bawang holland hingga layu. Sesuaikan rasa masin, manis dan pedas. Tutup api, taburkan daun bawang dan cili api yang diketuk.

Sumber resipi dan gambar: Neny Lai Han

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Resipi Semur Ayam Kegemaran Anak, Makan Sampai Licin!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN