ayam goreng berhantu

Kalau dah bosan makan lauk raya, jom kita masak ayam goreng berhantu ini pula. Tak kira usia, menu ini pasti digemari ramai.

Resipi ini merupakan hasil perkongsian oleh seorang pengguna laman sosial Facebook bernama Khairul Hakimin Muhammad.

Menurutnya, resipi ayam goreng ini merupakan cara ibunya sejak dulu untuk dihidangkan kepada anak-anaknya yang seramai tujuh orang.

Setiap kali ibu masak, memang berebut makan. Sekejap saja dah habis licin satu pinggan. Memang sangat sedap!

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Nak Lagi Mantap Kena Lebihkan ‘2 Bahan Ini’

RESEPI AYAM GORENG BERHANTU

ayam goreng berhantu

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (potong kecil)
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Beberapa ulas bawang merah India

Cara memasak:

  1. Potong kecil ayam mengikut saiz yang disukai. Basuh ayam yang telah dipotong hingga bersih.
  2. Tabur semua serbuk cili, serbuk kunyit dan garam ke atas ayam. Kemudian gaul sampai rata.
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali.
  4. Apabila minyak sudah panas, masukkan daun kari dan bawang merah ke dalam minyak
  5. Setelah itu, masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan garing.
  6. Apabila ayam sudah masak dan garing, angkat dari minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Khairul Hakimin Muhammad

Baca juga: Resepi Ayam Masak Kicap Kenduri Semudah ABC, Terus Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN