resepi daging goreng ketumbar

Jika sudah bosan masak gulai atau rendang daging, resepi daging goreng ketumbar ini antara menu lain yang boleh dicuba.

Sekilas pandang, ia kelihatan seperti daging goreng kunyit, tetapi rasanya lebih enak kerana aroma dan rasa ketumbar yang menyerlah.

Hidangan ini sangat sesuai bagi mereka yang menggemari masakan ringkas tetapi tetap lazat. Sedap dinikmati bersama nasi putih panas, sambal belacan dan ulam-ulaman.

Baca juga: Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek, Sesuai Makan Dengan Pulut!

RESEPI DAGING GORENG KETUMBAR

resepi daging goreng ketumbar

Bahan-bahan:

  • 1 kg daging batang pinang (dihiris nipis)
  • 1–2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 2 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk separuh hancur)
  • Garam, serbuk kunyit dan perasa secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali bawang besar. Gaul rata daging dengan rempah dan perasa.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng daging hingga masak.
  3. Taburkan bawang besar ke dalam kuali dan kacau seketika sehingga bawang layu.
  4. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Tip tambahan:

  • Jika menggunakan daging yang liat atau lambat empuk, gunakan teknik “Daging Goreng Kelantan”.
  • Selepas menggaul daging dengan garam dan kunyit, masukkan ke dalam kuali bersama air.
  • Reneh dengan api perlahan sehingga daging hampir lembut dan air kering. Jika air kering tetapi daging masih liat, tambah air dan teruskan mereneh sehingga empuk.
  • Setelah daging lembut dan air kering, masukkan minyak dan goreng seperti biasa.

Resipi ini menghasilkan daging yang lembut, beraroma ketumbar dan enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasi panas!

Sumber: Aisyah Humaira

Baca juga: Daging Masak Hitam Kenduri, Resipi Tak Guna Banyak Bahan Tapi Padu Teramat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN