kerepek kentang

Kerepek kentang pedas, juga dikenali sebagai sira kentang pedas atau sambal kering kentang, memang cukup menggoda selera. Sekali rasa, silap-silap satu bekas habis sorang makan.

Kalau ada stok kentang lebih di rumah, inilah masa yang sesuai untuk cuba buat sendiri. Bukan saja mudah, malah anda boleh sesuaikan tahap kepedasan sambal ikut cita rasa sendiri.

Baca juga: Resipi Kulit Ayam Goreng, Rangup Macam Makan Kerepek!

RESEPI KEREPEK KENTANG PEDAS

Bahan-bahan:

  • 3 kentang russet (hiris nipis & goreng)
  • 1 pek sambal tumis segera
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 bawang besar (dikisar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa
  • Minyak (menumis)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kupas dan hiris kentang nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga rangup. Toskan minyak dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih kisar hingga naik bau.
  3. Tambah sambal tumis segera dan kacau rata. Masak sehingga sambal pecah minyak.
  4. Masukkan sos tiram dan serbuk perasa. Gaul rata dan sesuaikan rasa mengikut selera.
  5. Masukkan kentang yang telah digoreng tadi ke dalam sambal. Gaul hingga semua bersalut sempurna.
  6. Siap untuk dihidang! Boleh dinikmati terus atau disimpan dalam bekas kedap udara untuk kekal rangup.

Video penuh: 

@myresipi

Resipi Campak Ramadan Raya bersama Chef Naem || Kerepek Kentang Pedas Bahan-bahan: -3 kentang Russet (hiris nipis & goreng) -1 pek Maggi Sambal Tumis -3 ulas bawang putih – dikisar -1 bawang besar – dikisar -1 sudu besar MAGGI Sos tiram -Gula secukup rasa -Maggi Cukup Rasa -Minyak (menumis) #MyResipi #ResepiCampakCampak #RamadanRaya2025 #Tajaan

♬ original sound – MyResipi – MyResipi

Sumber asli: MyResipi

Baca juga: Cara Buat Kerepek Peria Yang Rangup, Syok Makan Sebab Tak Pahit Langsung!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN