nasi impit goreng

Jika ada banyak lebihan nasi impit atau ketupat semasa Hari Raya, kami cadangkan anda buat salah satu Resipi Campak-Campak oleh MyResipi iaitu Nasi Impit Goreng Daging.

Hidangan ini sangat mudah dibuat tanpa menggunakan banyak bahan di rumah. Selain itu, ia boleh dijadikan sebagai idea menarik untuk hidangan tetamu pada Hari Raya. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan!

RESIPI NASI IMPIT GORENG DAGING

nasi impit goreng

Bahan-bahan:

  • Nasi impit lebihan
  • 200g daging kisar (goreng dulu)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang merah (hiris)
  • Sedikit serbuk kari
  • 1 tangkai cili merah (hiris serong)

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih yang sudah dihiris siap-siap sampai naik bau.

2. Kemudian, masukkan daging kisar dan masak sebentar sampai keluar airnya serta dimasak sekata.

3. Selepas itu, masukkan serbuk kari supaya rasanya lebih mantap dan garam secukupnya.

4. Seterusnya, masukkan lebihan nasi impit atau ketupat yang ada dalam peti sejuk.

5. Akhir sekali, masukkan cili merah yang sudah dipotong serong dan kacau sebati, kemudian tutup api. Siap untuk dihidang!

Gabungan nasi impit yang lembut bersama daging yang lazat memang memikat selera. Walaupun mudah, namun kesedapan hidangan Hari Raya ini memang tak terkata.

Video penuh: 

@myresipi Resipi Campak Campak Raya 3 | Nasi Impit Goreng Daging Bahan: Nasi Impit lebihan 200g daging kisar (goreng dulu) 1 ulas bawang putih (hiris) 1 biji bawang merah (hiris) 1 tangkai cili merah (hiris serong) Sedikit serbuk kari #myresipi #resipicampakcampak #indahkanmemori #ramadan2025 #nasiimpit #nasiimpitgorengdaging #menuraya #masukberanda #fypシ゚ #fyp ♬ original sound – MyResipi

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Baca juga: Cara Masak Lemang Segera Dengan 3 Bahan, Tetap Lembut Dan Wangi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN