biskut cracker

Jika anda mencari resipi biskut yang mudah, sedap dan tidak menggunakan oven, biskut cracker coklat nestum adalah pilihan yang tepat! Selain mudah dibuat, biskut ini juga sangat menjimatkan.

Dengan hanya beberapa bahan asas seperti coklat, biskut tawar dan nestum, anda sudah boleh menghasilkan kuih raya yang sedap tanpa perlu berbelanja besar.

Menariknya, resipi ini tidak memerlukan oven, jadi sesiapa sahaja boleh mencubanya, termasuk mereka yang tidak mempunyai oven di rumah.

Baca juga: Resipi Cornflakes Crunchy Yang Disukai Ramai, Rangup & Tak Jemu Makan!

RESEPI BISKUT CRACKER COKLAT NESTUM

biskut cracker

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 250 gram dark coklat
  • 250 gram milk coklat
  • Biskut tawar kecil
  • Nestum

Cara-cara:

  1. Campurkan dark coklat dan milk coklat, kemudian cairkan menggunakan teknik double boiling.
  2. Setelah coklat sudah cair, kacau agar sebati.
  3. Ambil biskut tawar kecil dan celupkan ke dalam coklat sehingga keseluruhannya disaluti coklat.
  4. Selepas dicelup dalam coklat, segera gulingkan biskut dalam nestum hingga seluruh permukaan biskut disaluti.biskut cracker
  5. Susun biskut di atas dulang atau kertas minyak supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  6. Biarkan coklat mengeras sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara supaya biskut kekal rangup dan tahan lebih lama.

Sumber resipi dan gambar: Puan Eha

Baca juga: Biskut Almond London Sukatan Cawan, Ada Tips Coklat Nampak Licin Dan Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN