biskut almond london

Siapa tak kenal dengan Biskut Almond London yang terkenal sebagai kuih raya wajib pada Hari Raya? Tambahan pula, cara membuatnya cukup mudah dengan sukatan cawan.

Biskut Almond London merupakan biskut yang mempunyai kacang rangup di bahagian tengahnya dan dibalut coklat leleh yang manis. Baru makan satu, sudah terasa nikmatnya.

Erma Azizie telah kongsikan cara buat Biskut Almond London di Facebook yang sangat mudah dengan sukatan cawan dan sesuai untuk pemula. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Semperit Klasik Macam Raya Dulu-Dulu, Setiap Gigitan Terasa Nostalgia

RESIPI BISKUT ALMOND LONDON SUKATAN CAWAN

biskut almond london

Bahan-bahan:

  • 1 buku butter (250gram)
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung jagung
  • ½ cawan badam kisar (saya guna badam nibs, bakar sampai perang, sejukkan dan kisar, boleh juga guna serbuk badam)
  • 1 sudu teh emplex
  • 150 biji badam biji (bakar 10 minit)
  • Paper cup hitam
  • Coklat masakan
  • Pencair coklat (cocoa butter, teksturnya macam lilin)

Bahan hiasan:

  • Badam cincang
  • Coklat urai
  • Gula manik

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul butter dan gula dengan senduk kayu sampai sebati.

2. Masukkan tepung jagung, tepung beras, tepung gandum, emplex dan badam kisar, kemudian uli sampai jadi doh.

3. Selepas itu, gentel kecil-kecil dan masukkan badam biji di bahagian tengah.

4. Kemudian, bakar selama 15 minit pada suhu 160°C mengikut oven masing-masing.

5. Sementara itu, boleh cairkan coklat dengan kaedah double boil dan ditambah sedikit pencair coklat.

biskut almond london

6. Setelah biskut yang dibakar tadi sudah sejuk, boleh celup ke dalam coklat (jangan masukkan banyak sebab coklat cepat mengeras).

7. Seterusnya, masukkan ke dalam paper cup dan hias dengan gula manik atau gula urai.

8. Akhir sekali, masukkan biskut ke dalam peti sejuk sebentar supaya coklat cepat mengeras. Setelah itu, boleh letak dalam balang. Siap untuk dinikmati!

Semasa buat Biskut Almond London ini, pencair coklat digunakan supaya apabila sudah keras, permukaan coklat akan nampak lebih licin dan cantik.

Kami cadangkan anda guna paper cup berwarna hitam supaya tak kelihatan comot. Selain itu, ia akan nampak seperti kuih raya premium yang membuatkan tetamu tertarik untuk makan.

Selamat mencuba!

Sumber: Erma Azizie

Baca juga: Resepi Biskut Sarang Semut Sukatan Cawan, Rangup Dan Cair Di Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN