cornflakes crunchy

Biskut cornflakes crunchy adalah salah satu kuih raya kegemaran ramai pada setiap tahun. Kalau selalu beli, apa kata kali ini cuba buat sendiri? Resipinya sangat mudah!

Tambahan pula, bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati dan cara pembuatannya tidak mengambil masa yang lama.

Dengan gabungan rasa manis dan bertekstur rangup, biskut ini memang susah untuk ditolak. Apa yang penting, buat sendiri lebih puas hati dan menjimatkan!

Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!

RESEPI BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

cornflakes crunchy

Bahan-bahan:

  • 165 gram butter
  • 45 gram gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 kuning telur
  • 170gram tepung gandum
  • 20gram serbuk badam
  • 200gram cornflakes (diketuk bagi hancur)
  • Hazelnut spread

Cara-cara penyediaannya:

  1. Dalam sebuah mangkuk, satukan butter, gula halus, esen vanilla dan kuning telur. Gaul semua bahan ini sampai sebati.
  2. Kemudian, masukkan pula bahan kering iaitu tepung gandum dan serbuk badam. Gaul sampai sebati.
  3. Bila adunan dah sebati, rehatkan seketika selama 30 minit.
  4. Selepas itu, scoop adunan mengikut saiz yang disukai dan golekkan ke atas cornflakes yang sudah dihancurkan.
  5. Susun atas loyang dan bakar dalam oven selama 25 minit pada suhu 140 celcius.
  6. Bila dah masak, sejukkan seketika sebelum hiaskan dengan hazelnut spread di atasnya.cornflakes crunchy
  7. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dinikmati.

Sumber: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN