
Kuih Badak Berendam ini sangat terkenal di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu. Malah, kuih tradisional kini telah mendapat tempat di hati seluruh rakyat Malaysia.
Jika anda sering mengunjungi pasar malam atau bazar Ramadan, pasti akan melihat kuih ini dijual di merata tempat. Jika ingin mencuba membuatnya sendiri, apa kata anda guna resipi di bawah.
Baca juga: Lepat Ubi Kayu, Resipi Tanpa Santan Ini Lebih Kenyal & Padat Dengan Rasa Ubi!
RESEPI KUIH BADAK BERENDAM

Bahan kuah:
- 5 cawan santan sederhana pekat
- 8 sudu makan tepung beras
- 8 sudu tepung gandum
- 2 helai daun pandan (simpulkan)
- Sedikit gula
- Sedikit garam
Cara buat kuah:
- Sebatikan semua bahan di atas (blender jika perlu).
- Masak campuran tersebut hingga naik wap. Pastikan kuah rasa sedikit masin dan sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Kacau hingga sedikit pekat (terpulang jika mahu lebih pekat, teruskan mengacau, tetapi jangan sampai terlalu pekat).
Bahan inti:
- 1 biji kelapa parut putih
- 1/2 cawan gula merah
- 1 ketul gula melaka
- 1 1/2 cawan air
- 1-2 ulas durian (buang biji)
- 3 helai daun pandan
- Secubit garam
- 1 sudu besar tepung gandum
Cara buat inti:
- Masak gula merah, gula melaka dan air hingga larut, kemudian tapis.
- Masukkan air gula ke dalam kuali, masak bersama kelapa parut, isi durian, sedikit garam dan daun pandan. Gaul sebati.
Setelah agak kering, masukkan tepung gandum, gaul hingga sebati.
Bahan doh:
- 3 cawan tepung pulut
- 2 sudu besar tepung gandum
- 2 cawan air jus pandan (air + 4-5 helai daun pandan, blender dan tapis)
- Sedikit pewarna hijau (boleh tak letak, jus pandan juga sudah cukup memberi warna)
Cara buat doh:
- Tuang air jus pandan sedikit demi sedikit, gaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.
- Bulatkan doh (ikut saiz yang diinginkan), kemudian leperkan dan isikan inti kelapa atau inti pilihan lain. Bulatkan semula.
- Rebus seperti cara membuat kuih buah melaka/onde-onde. Setelah masak, angkat dan siram dengan air paip untuk sejukkan, kemudian toskan airnya.
- Tuang kuah dalam bekas yang sesuai, masukkan doh yang telah direbus dan siap untuk dihidangkan.
Sumber: Zura Zul
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














