
Resipi kuih lepat ubi kayu kali ini sedikit berbeza dengan resipi lain kerana tidak menggunakan santan.
Walaupun tanpa santan, hasil kejadiannya tidak mengecewakan. Kuih lebih padat dengan rasa ubi dan mempunyak tekstur yang lebih kenyal.
Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman di bawah.
Baca juga: Cara Mudah Buat Kuih Kasturi, Kulit Luar Rangup & Tak Liat Walaupun Sejuk!
RESEPI KUIH LEPAT UBI KAYU

Bahan-bahan (Sukatan untuk 25 biji):
- 4 cawan ubi kayu (selepas diperah)
- 2 cawan kelapa parut putih
- 2 cawan gula merah
- 3 sudu besar gula pasir
- ½ sudu kecil garam halus
- ½ cawan air suam
Cara-cara:
- Cincang ubi kayu kecil-kecil, kemudian kisar hingga halus. Letakkan ubi kayu yang telah dikisar di atas kain bersih, kemudian perah sekuat mungkin hingga airnya habis.
- Air perahan tadi dibuang. Tunggu sehingga patinya mendap dan ambil pati ubi yang mendak sahaja.
- Gaulkan ubi kayu yang telah diperah dengan kelapa parut, gula merah, gula pasir, garam dan air suam.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Biarkan adunan seketika sementara menyediakan daun pisang.
- Potong daun pisang selebar sejengkal. Rebus sebentar untuk melayukan daun, kemudian angkat dan toskan.
- Ambil sehelai daun pisang, letakkan sesenduk adunan ubi kayu di bahagian tepi kanan daun, kemudian bungkus kemas hingga habis semua adunan.
- Susun bungkusan lepat di dalam pengukus dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Biarkan lepat ubi kayu sejuk sebelum dinikmati.
Sumber: Mizah Ngatiman
Baca juga: Resipi Kuih Sagu Yang Sedap & Tak Lembik, Sukatan Kecil Untuk 2-3 Orang Makan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














