
Alangkah seronoknya dapat minum petang bersama keluarga tersayang di rumah. Jika nak buat kuih Samosa yang sedap, anda perlu tahu satu rahsia tentangnya.
Kuih Samosa merupakan makanan berasal dari negara Timur Tengah yang juga merupakan hidangan pastri. Biasanya, ia berinti ayam dan daging bersama kentang yang sedap.
Paling menarik, ia merupakan makanan ringan yang sangat popular di benua kecil India. Jadi, tak hairanlah orang Malaysia sangat menyukai kuih goreng ini.
Kami tertarik dengan perkongsian resipi kuih Samosa oleh Siti Mariam di Facebook ini. Bukan setakat menyelerakan, malah terdapat rahsia untuk membuatnya lebih sedap. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Kuih Ropa Berinti Sedap, Guna Sukatan Ini Pasti Rangupnya Menjadi!
RESIPI KUIH SAMOSA SEDAP

Bahan-bahan:
- Kulit popia
- Gam tepung
- Minyak masak
- Kentang atau keledek kuning
- Ayam atau daging cincang
- Bawang putih
- Bawang kecil
- Serbuk kari
- Lada hitam
- Daun sup
- Daun kari
- Air asam jawa
- Garam, perasa, gula, secukup rasa
- Air secukupnya
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
2. Selepas itu, masukkan serbuk kari dan tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan ayam atau daging yang dicincang bersama kentang atau keledek yang telah dipotong dadu.
4. Seterusnya, masukkan air bagi mengelakkan kentang jadi hangus.
5. Masak sampai kentang dan ayam atau daging menjadi lembut, kemudian masukkan daun kari dan daun sup.

6. Setelah itu, ambil kulit popia dan boleh mula menggulung inti menjadi samosa bentuk tiga segi.
7. Akhir sekali, panaskan minyak masak dan goreng sampai garing, angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Nak buat kuih Samosa yang lebih sedap, sebenarnya anda perlu lebihkan serbuk kari semasa membuatnya. Paling penting, jangan kedekut bahan dan pasti hasilnya sangat memuaskan.
Jika ada lebihan kuih Samosa yang belum digoreng, anda boleh jadikannya sebagai makanan sejuk beku di rumah dan goreng pada esok pagi sebagai sarapan pula.
Selamat mencuba!
Sumber: Siti Mariam
Baca juga: Popia Goreng Pedas Manis, Rangupnya Boleh Tahan Sampai Ke Petang
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














