kari ayam masala

Kari ayam masala adalah menu istimewa yang kaya dengan rempah, sesuai untuk dinikmati bersama nasi panas, roti canai dan yang paling sedap makan bersama nasi briyani!

Resepi ini menggabungkan rasa pedas, aroma rempah dan kelembutan ayam goreng. Tambahan lagi, hidangan ini lebih sedap jika dibiarkan seketika agar rempah meresap sepenuhnya ke dalam ayam.

Jom cuba resipi ini. Sekali makan pasti nak lagi!

Baca lagi: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Gerenti Menjadi!

RESIPI KARI AYAM MASALA

Bahan-Bahan Utama:

  • Ayam: Seekor ayam, potong kepada 16 bahagian. Perap dengan:
    • Garam
    • Serbuk kunyit
    • Sedikit serbuk cili
    • Goreng ayam sehingga separuh masak, kemudian ketepikan.
  • Bahan Kisar:
    • 5 biji bawang merah
    • 3 inci halia
    • 1 labu bawang putih
    • 1 biji tomato
    • 2 inci kunyit hidup
    • 3 cili merah
    • 5 cili padi merah
    • 10 cili padi akar

Kisar semua bahan di atas sehingga halus.

  • Bahan Tumisan:
    • 2 batang serai (dititik)
    • Daun kari secukupnya
    • 1 helai daun pandan
    • 3 biji buah pelaga
    • 2 sudu makan minyak sapi
  • Bahan Tambahan:
    • 2-3 biji ubi kentang (kupas dan potong)
    • 4-5 sudu makan tairu (yogurt asli)
    • Akar ketumbar (ikut citarasa)
    • 3 sudu makan serbuk rempah daging (jenama Babas atau pilihan sendiri)
    • Garam masala secukupnya
    • Garam secukup rasa
    • Mushroom seasoning atau ajinomoto (pilihan)
    • Daun ketumbar segar untuk hiasan

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah diperap sehingga separuh masak. Keluarkan dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama untuk tumisan.

2. Dalam minyak bekas gorengan ayam, panaskan 2 sudu makan minyak sapi.

3. Tumis serai yang dititik, daun kari, daun pandan, dan buah pelaga hingga naik bau.

4. Tuang bahan kisar ke dalam kuali. Tumis sehingga pecah minyak dan naik aroma.

5. Tambahkan ubi kentang ke dalam kuali. Gaul rata dan masak seketika.

6. Masukkan tairu (yogurt asli) dan akar ketumbar. Kacau perlahan sehingga semua bahan sebati.

7. Tambahkan ayam yang telah digoreng tadi.

8. Masukkan 3 sudu makan serbuk rempah daging (boleh kurangkan jika ingin kuah lebih cair).

9. Gaul rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya sambil kuah menjadi pekat.

10. Tambahkan garam masala, garam, dan mushroom seasoning/ajinomoto mengikut selera.

11. Setelah masak dan pecah minyak, taburkan daun ketumbar segar.

12. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Sumber: Suraya Jainul

Baca lagi: Rahsia Cekodok Pisang Yang ‘Fluffy’ & Rangup, Memang Layan Bila Makan!

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN