paprik udang

Selalunya kita hanya masak paprik ayam, tetapi kali ini jom cuba resipi paprik udang pula. Rasanya yang pedas, masam dan masin memang cukup memikat!

Bagi mereka yang suka sayur, boleh gunakan pelbagai jenis sayur yang digemari, seperti lobak merah, bunga kubis, kacang panjang dan sebagainya lagi.

Jika  mahu menggantikan udang dengan ayam, tidak ada masalah! Cuma masukkan ayam selepas tumisan bawang dan cili kering, kemudian teruskan dengan langkah-langkah seterusnya.

Baca juga: Resipi Daging Paprik Yang Padu, Confirm Tak Makan Dekat Kedai Dah

RESEPI PAPRIK UDANG

Bahan-bahan:

  • Ayam/udang/sotong
  • Sayur: lobak merah, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis
  • Cili kering (satu senduk)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang kecil
  • Halia
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Bawang besar/Holland (potong bulat)
  • 2 sudu sos cili
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • Garam
  • Gula
  • Perencah Hilal
  • Air

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia hingga garing. Kemudian, masukkan cili kering dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap manis, serai, dan daun limau purut. Masak lagi hingga mendidih.
  3. Masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, jagung, dan lain-lain. Tambahkan garam, gula, dan perencah Hilal.
  4. Masukkan udang, cendawan, tomato, dan bawang yang dipotong bulat. Akhir sekali, masukkan kacang buncis/kacang panjang. Siap!

Kredit resipi dan gambar: HasnorFadila Kadir

Baca juga: 5 Resipi Paprik Yang Sedap & Digemari Ramai, Barulah Tak Bosan Asyik Guna Ayam

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN