tanak nasi

Cara tanak nasi tanpa kanji ini bukan biasa-biasa, ada banyak khasiatnya jika diamalkan setiap hari.

Pengambilan makanan berkanji tidak terkawal boleh menyebabkan risiko terkena diabetes, penyakit jantung dan peningkatan berat badan. 

Sebelum semua ini berlaku, ada baiknya jika kita mencegahnya dari awal dengan mempraktikkan cara masak nasi sihat ini.

Cara tersebut telah dikongsikan oleh Zinnirah Muthalif di laman sosial Facebook. Jom sama-sama baca perkongsiannya di bawah.

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Yang Lembut, Wangi & Cantik Sebiji-Sebiji, Mudah Je!

CARA TANAK NASI BUANG KANJI

Berikut merupakan cara-cara memasak nasi tanpa kanji:

1. Jerang air dan didihkan. Sukatan air 3/4 atau agak-agak saja sampai penuh. Tapi jangan terlalu penuh sebab bila masuk beras nanti, takut melimpah air panas.

2. Basuh beras sebanyak 3 kali. Apabila air sudah menggelegak, masukkan beras yang sudah dibasuh tadi.

tanak nasi

3. Jika suka, boleh letakkan daun pandan supaya nasi lebih berbau harum.

4. Biarkan mendidih anggaran selama 5-8 minit. Ambil berapa biji beras, picit dan jika sudah lembut macam nasi, boleh tutup api dapur.

5. Bila dah tutup api dapur, akan nampak kanjinya. Boleh buang air dan daun pandan.

6. Tapis dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan balik dalam periuk. Tutup periuk dengan tudung penutup.

tanak nasi

7. Kalau nak panaskan, letak atas api paling kecil selama 2 minit.

8. Nasi yang dibuang kanji ini susah basi, boleh tahan selama 2 hari. Namun, lebih baik jika disimpan dalam peti ais berbanding simpan di luar.

tanak nasi

Kelebihan nasi tanpa kanji:

  • Nasi tidak mudah basi
  • Rendah kanji dan gula
  • Sesuai dimakan oleh orang yang ada diabetes, orang tua, orang diet dan sesiapa yang tidak boleh tinggal nasi
  • Tidak leceh, 8 minit sudah siap dimasak
  • Air kanji boleh diguna untuk siram pokok, minuman kucing dan masker muka

Sumber: Zinnirah Muthalif

Baca juga: Petua Nasi Minyak Gebu, Lembut & Sedap. 15 Minit Dah Siap Masak!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN