ayam goreng pandan

Sudah sering makan ayam goreng biasa, lama-lama bosan juga. Apa kata anda cuba buat Ayam Goreng Pandan paling mudah pada hari ini?

Boleh dikatakan semua orang suka makan ayam goreng, baik kanak-kanak mahupun dewasa. Jika ayam goreng berbau wangi seperti Ayam Goreng Pandan, selera pun boleh terangkat.

Bukan saja ramai yang terpikat dengan aromanya, malah lauk ini sebenarnya merupakan hidangan paling popular di negara jiran kita, iaitu Thailand.

Lauk ini dibuat dengan membalut isi ayam bersama daun pandan semasa menggoreng. Apa yang membezakannya dengan ayam goreng biasa adalah rempah yang digunakan.

Irda Ramli telah sudi kongsikan di Facebook tentang cara buat Ayam Goreng Pandan yang sangat mudah dengan 3 langkah saja. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Kari, Makan Dengan Nasi Panas Memang Layan!

RESIPI AYAM GORENG PANDAN

ayam goreng pandan

Bahan-bahan:

  • 1 kg isi ayam
  • Daun pandan
  • Kayu pencungkil gigi

Bahan kisar:

Bahan rempah:

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, potong isi ayam mengikut kesukaan masing-masing. Saya potong saiz ibu jari.

2. Gaul semua bahan kisar, rempah, tepung dan bahan perasa, kemudian balut dengan daun pandan. Perap semalaman dan simpan dalam peti sejuk.

3. Akhir sekali, goreng dengan api dapur sederhana sehingga isi ayam keemasan. Siap untuk dihidang!

ayam goreng pandan

Tak dinafikan ramai lebih sukakan resipi yang ringkas dan mudah dibuat tanpa banyak jalan kerja yang renyah. Oleh itu, resipi Ayam Goreng Pandan ini memang tepat buat anda.

Aroma yang harum semerbak setelah digoreng bakal membangkitkan selera sesiapa saja yang menghidunya, silap-silap jiran sebelah rumah pun boleh tegur.

Lauk ringkas seperti ini sangat sesuai dijadikan sebagai lauk tengah hari atau makan malam buat seisi keluarga di rumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Irda Ramli

Baca juga: Kepak Ayam Goreng Pedas Chinese Style, Rangup Dan Pedasnya Serasi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN