kerabu ayam

Kerabu ayam goreng ini lengkap dengan rasa masam, manis dan pedas yang mampu memikat selera. Jika di negara Thailand, menu ini dikenali sebagai Yam Kai Sep.

Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati serta cara penyediaannya juga tidak renyah. Sekejap sahaja sudah siap disediakan.

Ia juga sesuai untuk mereka yang mahu berdiet. Mari kita cuba buat menggunakan resipi yang dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar di bawah.

Baca juga: Resipi Kerabu Suhun Ala Thai, Rasa Masam Manis Kecur Air Liur Dibuatnya!

RESIPI KERABU AYAM GORENG

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 keping dada ayam – digoreng bersama tepung gogi/bestari dan goreng hingga kekuningan
  • 1 labu bawang merah bombay
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 sdb beras pulut digoreng dan tumbuk
  • 3 sdb jus limau
  • 3 sdb sos ikan
  • 2 sdb gula thai
  • 1 sdb cili flakes

Bahan sampingan lain (dihiris):

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan jus limau, sos ikan, gula thai, cili flakes dan beras pulut yang digoreng. Gaul sehingga rata.

2. Masukkan bahan-bahan sampingan dan ayam goreng yang telah dipotong, Gaul lagi hingga sebati.

3. Pastikan rasa cukup masam, pedas dan sedikit manis.

4. Taburkan daun ketumbar yang dihiris kasar. Siap! Selamat mencuba.

kerabu ayam

Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar, Nurul Ain

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi Kerabu Sardin Yang Lazat, Suami Siap Suruh Jual!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN