cara masak telur ikan

Susahnya nak jumpa lauk telur ikan dijual di kedai makan. Jika dapat stok telur ikan, anda kenalah tahu cara masak telur ikan yang betul.

Sesetengah orang tak tahu cara memasaknya kerana ia mudah pecah di dalam kuah. Jika telur sudah pecah, lauk pula akan jadi kurang cantik.

Baca juga: Tips Masak Telur Ikan Mayong Supaya Tak ‘Overcook’ & Tidak Pecah

Antara telur ikan yang disukai ramai adalah telur ikan mayong, tenggiri, sembilang dan banyak lagi. Jika terjumpa di kedai, memang rezeki yang tak terduga.

Di negeri-negeri selatan seperti Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, telur ikan biasanya dimasak asam pedas.

Manakala di negeri-negeri utara seperti Kedah dan Perlis, telur ikan lebih gemar dimasak gulai atau kari.

Telur ikan yang bersaiz besar sering menjadi rebutan, tetapi ada juga yang lebih sukakan telur ikan yang bersaiz kecil.

Buat anda yang kali pertama, anda boleh amalkan cara masak telur ikan yang dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di Facebook ini.

CARA MASAK TELUR IKAN YANG BETUL

cara masak telur ikan

1. Cuci telur ikan dengan air asam jawa.

2. Rendam telur ikan lebih kurang 30 minit dengan satu sudu teh kapur.

3. Kemudian, celur di dalam air yang menggelegak. Bila dah kenyal, barulah masukkan telur ikan ke dalam kuah masakan.

4. Boleh juga gunakan cara yang lebih mudah iaitu telur ikan itu dikukus saja.

5. Elakkan untuk terus masukkan telur ikan ke dalam masakan tanpa proses di atas.

Jika anda tak gunakan cara ini, kuah masakan pasti pekat kerana telur ikan itu akan pecah di dalamnya dan sudah pasti pula ianya hanyir.

cara masak telur ikan

Buat pengetahuan anda, telur ikan yang masih bersarung itu lebih sedap dimakan bersama sarungnya.

Jangan lupa untuk gunakan cara masak telur ikan ini sebelum memasukkannya ke dalam kuah masakan supaya hidangan lauk anda nampak cantik dan menarik nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Baca juga: Cara Cuci Telur Ikan Mayong Supaya Hilang Segala Bau Hanyir, Barulah Sedap Dimakan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN