asam pedas telur ikan mayong

Selain ayam, tetel dan ikan, asam pedas yang turut menjadi pilihan adalah asam pedas telur ikan mayong.

Bagi sesetengah orang, mungkin tidak pernah jumpa dan tahu tentang telur ini. Tapi, bagi mereka yang suka, sudah pasti ia menjadi makanan yang esklusif.

Baca juga: Asam Pedas Ayam Cara SIMPLE, Masukkan Belacan Jenis Ini Bagi Sedap!

Ini kerana, nak dapatkan telur ikan mayong ini di pasar bukan mudah sebab telur ini bermusim.

Tetapi, memandangkan ramai dah mula menjual telur ikan mayong ‘frozen’ secara dalam talian, bolehlah anda cuba sendiri resipi asam pedas telur ikan mayong dari Azie Kitchen ini.


RESIPI ASAM PEDAS TELUR IKAN MAYONG

asam pedas telur ikan mayong

Bahan-bahan:

Cara-cara memasak:

1. Satukan pes bawang bawang, halia dan belacan. Tumis pes ini sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Bila naik minyak, masukkan daun kari dan bunga kantan.

2. Masukkan setengah blender air (agak agak). Masak hingga mendidih, masukkan telor ikan dan asam jawa.

3. Renih atas dapur dan masuk kacang bendi, garam dan serbuk perasa. Kuah jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sesuaikan kepekatannya.

4. Jika terlebih masam, masuk air. Terlebih cair, masuk tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.

NOTA:

  • Cara memasak agar telur ikan mayong menjadi betul-betul enak.
  • Semasa dibasuh telur ikan, jangan leraikan kulit yang ada, sebab kulit tu akan pecah semasa kita memasaknya.
  • Gunakan api sederhana dan ditutup periuk semasa dimasak.
  • Jangan dimasak terlalu lama bagi mengelakkan telur ikan mayong akan menjadi keras.

Selamat mencuba resipi asam pedas ini.

Baca juga: Asam Pedas Daging Tetel ‘Gerenti’ Sedap, Sampai Menjilat Jari Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN