PENULIS

najahnurul

KATEGORI

Tips & Petua

POSTED ON

2021-02-03

Siapa dekat sini peminat gulai ikan mayong? Budak zaman sekarang ni mesti kurang familiar dengan gulai ikan mayong. Ini antara kegemaran mak bapak kita. Sebenarnya ada banyak cara untuk masak telur ikan mayong ini mengikut cita rasa masing-masing lah kan. Salah satu perkara yang rumit ketika masak telur ikan mayong ini adalah telur ikan mayong tersebut mudah pecah. Bila telur tu dah pecah, tak cantik lah pula kan gulai kita. Jadi jom kita ikut tips yang dikongsikan oleh Norlaila Dlaila di Facebook.

Kredit: Norlaila Dlaila

BAHAN-BAHAN

  • Telur ikan mayong
  • Air

CARA-CARA

  1. Masakkan gulai terlebih dahulu sehingga mendidih.
  2. Rendamkan telur ikan mayong di dalam air.
  3. Apabila kuah sudah mendidih, tapiskan telur dan masukkan ke dalam kuah tersebut.
  4. Kacau dengan perlahan sehingga kuah mendidih sekali lagi.
  5. Selepas sudah mendidih, terus tutupkan api dan siap dimakan telur ikan mayong yang tidak pecah dan tidak overcook.

Kredit: Norlaila Dlaila

TIPS

  • Sekiranya suka makan telur ikan mayong yang betul-betul masak, kukus terlebih dahulu sehingga masak dan masukkan ke dalam kuah.
  • Telur ikan mayong yang fresh adalah telur yang berwarna oren.