cara hilangkan hanyir ikan

Kalau anda suka makan ikan tapi tak tahan bau hanyirnya, jom kami kongsi cara hilangkan hanyir ikan supaya lauk rasa lebih segar dan sedap dimasak.

Bau hanyir ikan memang boleh membuatkan selera terbantut walaupun sudah guna aneka rempah. Tapi jangan risau, masalah ini ada penyelesaiannya.

Dengan petua dapur orang lama ini, anda boleh cuci ikan dengan cara yang betul, hilangkan bau hanyir dan pada masa sama kekalkan isi ikan supaya segar dan tidak mudah hancur.

Nak tahu macam mana? Jom cuba 7 petua paling mudah tetapi berkesan di bawah ini!

Baca juga: Nampak Sama Tapi Tak Serupa, Ini Beza Gula Melaka & Gula Kabung Yang Ramai Keliru

7 CARA HILANGKAN HANYIR IKAN DENGAN BERKESAN

cara hilangkan hanyir ikan

1. Guna Limau Nipis Atau Limau Kasturi

Perah air limau nipis atau limau kasturi ke atas ikan, gaul rata dan biarkan seketika. Asid semula jadi dari limau dapat meneutralkan bau hanyir dan menjadikan isi ikan lebih segar.

2. Rendam Dengan Air Asam Jawa

Asam jawa juga bagus untuk hilangkan bau hanyir ikan. Bancuh sedikit asam jawa dengan air, rendam ikan lebih kurang 10 hingga 15 minit sebelum dibilas bersih.

3. Perap Dengan Halia Tumbuk

Halia juga boleh digunakan untuk membuang bau hanyir. Tumbuk halia dan lumurkan pada ikan. Selain hilangkan bau, halia juga beri aroma wangi semasa dimasak.

4. Tabur Tepung Gandum Dan Bilas

Selain itu, boleh juga gunakan tepung gandum. Caranya, tabur tepung gandum pada ikan, lumur rata dan biar sekejap. Tepung akan serap lendir dan bau hanyir sebelum dibilas dengan air bersih.

5. Rendam Air Garam

Petua klasik ini memang senang! Rendam ikan dengan air garam seketika. Garam membantu membunuh bakteria penyebab bau hanyir. Jangan lupa bilas semula.

6. Guna Susu Segar (Untuk Ikan Laut)

Untuk ikan laut seperti salmon atau fillet frozen, rendam seketika dalam susu segar. Bau hanyir akan hilang, malah isi ikan jadi lebih manis.

7. Jangan Lupa Buang Bahagian Yang Berbau

Kebanyakan bau hanyir datang dari darah beku dan urat di bahagian perut atau insang. Bersihkan betul-betul bahagian ini supaya ikan lebih segar dan tak berbau bila dimasak.

Sumber: SirapLimau

Baca juga: Petua Daun Kari Tahan Lama & Wangi Macam Baru Petik, Ini Cara Simpan Dalam Peti Sejuk

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN