ayam halia
Nak masak lauk simple tapi tetap sedap dan menyelerakan? Ayam halia memang antara pilihan yang tak pernah mengecewakan. Rasanya yang ringan tapi penuh aroma, sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam bersama nasi putih panas-panas.

Halia bukan sekadar penyedap rasa, tapi juga baik untuk kesihatan. Terutama kalau badan rasa sejuk atau angin banyak. Bila digoreng rangup dan ditabur atas lauk, terus naik selera!

Resipi ini tak guna banyak bahan pelik-pelik, kebanyakannya memang sudah ada di dapur. Cara masaknya pun senang saja! Jom kita tengok bahan dan cara memasak di bawah!

Baca juga: Cara Masak Ayam Kurma Yang Sedap & Kuah Pekat Likat, Confirm Menjadi Bila Ikut Resipi Ini!

RESEPI AYAM HALIA

ayam halia

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam (500-600 g) atau 4-5 ketul bahagian ayam pilihan
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • ½ sudu besar kicap masin
  • ½-¾ cawan halia, dihiris nipis (kemudian sukat)
  • 3-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • ½ biji bawang besar kuning (dihiris)
  • 5 tangkai cili kering
  • ½ sudu besar serbuk lada putih
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar cuka
  • ½-1 cawan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Daun bawang (dipotong 1 inci)

Cara penyediaan:

  1. Gaulkan ayam dengan serbuk lada putih dan kicap masin. Ketepikan seketika.
  2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Goreng halia yang dihiris nipis sehingga keperangan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama untuk menggoreng ayam sehingga ¾ masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Buangkan sedikit lebihan minyak dari kuali. Tumis bawang putih hingga keperangan.
  5. Masukkan halia yang dihiris, bawang besar dan cili kering. Tumis sehingga naik bau.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama serbuk lada putih, cuka dan air. Gaul rata dan biarkan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam jika perlu.
  7. Titiskan minyak bijan dan masukkan daun bawang. Gaul sebati.
  8. Taburkan halia goreng sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Ayam Masak Bali, Tak Guna Banyak Bahan Tapi Rasa Tetap Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN