resepi ikan salmon

Bila sebut menu western, apa yang terlintas di fikiran selalunya chicken chop, lamb chop, fish and chips atau spageti. Apa kata kali ini kita tukar sedikit selera dan cuba hidangan berasaskan resepi ikan salmon pula?

Salah satu menu yang mudah dan sedap untuk dicuba ialah salmon panggang dengan sos lemon berkrim. Ikan salmon memang enak jika dipanggang dan digandingkan pula dengan sos lemon yang pekat dan berkrim, hasilnya memang padu!

Kalau makan salmon di kafe atau restoran, harganya boleh tahan mahal juga. Bila buat sendiri di rumah, bukan sahaja lebih jimat, malah kita boleh sesuaikan rasa ikut cita rasa sendiri.

Resipi yang dikongsikan oleh Herawati Basri ini memang mudah diikuti dan hasilnya pun nampak sangat menyelerakan. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya di bawah.

Baca juga: Resipi Ikan Bawal Goreng Garing, Cicah Dengan Sambal Kicap Memang Ngam!

RESEPI IKAN SALMON GRILL DENGAN SOS LEMON BERKRIM

resepi ikan salmon

Bahan untuk salmon grill:

  • Ikan salmon
  • Sedikit garam
  • Serbuk lada hitam (black pepper)
  • Sedikit mentega (butter)

Bahan untuk sos lemon berkrim:

  • Sedikit mentega
  • Bawang putih cincang
  • Cooking cream atau susu segar (fresh milk)
  • Sedikit air perahan lemon
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Parsley cincang

Cara-cara:

  1. Lumurkan sedikit garam dan serbuk lada hitam pada ikan salmon.
  2. Grill salmon menggunakan sedikit mentega hingga masak. Angkat ikan dan tetepikan.
  3. Guna minyak atau mentega yang sama untuk menyediakan sos.
  4. Cairkan mentega, kemudian tumis bawang putih hingga kekuningan.
  5. Masukkan cooking cream atau susu segar, kacau rata.
  6. Masukkan tepung jagung, kacau sebati.
  7. Tutup api dan tuangkan campuran ke dalam blender bersama air perahan lemon. Kisar hingga halus.
  8. Tuangkan semula ke dalam kuali, masak dengan api kecil.
  9. Masukkan bahan perasa (garam, gula), kacau hingga kuah menjadi agak pekat.
  10. Akhir sekali, masukkan parsley cincang dan tutup api.
  11. Siap! Tuangkan sos ke atas salmon yang telah dimasak. Sedap dimakan panas-panas.

Sumber: Herawati Basri

Baca juga: Resipi Ikan Keli Berlada Padu, Ikut Cara Ini Tak Meletup-Letup Bila Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN