Siapa je yang tahan tengok cheese cair lagi lagi bila dia ditarik kan? Lagi sedap kalau makan ayam bersalut cheese macam yang pernah viral dulu tu.
Sekarang ni memang dah banyak makanan yang viral sebab letak cheese yang banyak. Haa kepada anda yang memang peminat tegar cheese, anda patut pergi cuba makan di tempat yang kami senaraikan ini!
Kalau korang pergi Godzilla Nachos ni kan, memang korang akan nampak lah cheese cair yang banyak giler dalam pinggan korang! Satu talam nachos ni boleh kongsi sampai lima orang tau. Haa banyak kan? Best sangat kalau dikongsi beramai-ramai.
Selain itu, Nachos kat sini juga ada macam-macam perisa unik contohnya nachos rendang daging dan nachos ayam masak lemak cili padi. Memang lain daripada yang lain. Anda wajib datang ke sini!
Kalau korang pergi kedai makan korea mesti korang terfikir makan kimchi je kan? Haa tak ya, kalau korang ke Outdark, korang kenalah cuba makan ‘cheese kingdom’ yang dihidangkan panas-panas bersama nasi rumpai laut, kentang lenyek, nanas, ayam tanpa tulang serta limpahan keju mozarella dan cheddar. Lagi best, pelayan kat sini akan membuat demonstrasi cara untuk makan hidangan ini dengan betul, terutamanya bagi ‘newbie’.
Restoran ini memang dah cukup viral dekat KL. Jaranglah kalau datang kat sini tak beratur. Tapi anda jangan risau sebab penantian anda tentunya berbaloi sebab cheese nan yang anda akan dapat nanti memang sedap dan semestinya penuh dengan keju. Lembut di dalam dan rangup di luar. Haa tambah pula dengan kuah dal dan kari yang cukup power kat restoran ni, memang confirm tambah lagi! Kalau korang nak sambut birthday korang pun boleh tau, request je kek birthday kat dorang nanti diorang akan sajikan anda dengan roti nan cheese yang menyerupai kek!
Kalau dah nama pun chesse banjir kan, memang tak sah la kalau anda tak cuba makan cheese di sini. Ramai orang menggemari Lamb Grill The Hulk Cheese Banjir dorang. Cheese cair yang disiram di atasnya memang akan melangkapkan lagi rasa lazat Lamb Grill. Selain itu, cheese juga akan diletak di dalam daging supaya setiap gigitan tidak akan terlepas rasa lemak cheese tu. Memang sedap, anda patut cuba makan di sini!
Pisang goreng panas-panas memang sedap kan tapi lagi sedap kalau di tambah dengan cheese parut. Perghh! Dekat sini bukan saja pisang cheese, topping lain pun ada. Boleh campur-campur. Antara yang bestseller termasuk salted caramel, coklat dan green tea.
Kepada penggemar cheese, anda tunggu apa lagi? Jom la serbu kedai-kedai cheese yang sedap ni!
Sumber: Saji.my
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…