Bila kita sebut je Negeri Perak mungkin ramai dari anda akan terfikirkan Ipoh atau Kuala Kangsar. Tapi ramai yang tak tau bahawa ada sebuah daerah di Perak iaitu Manjung juga merupakan tempat pelancongan yang terkenal dan mempunyai banyak kedai makan yang best tau.
Pulau Pangkor, Lumut dan Teluk Batik, ketiga-tiga tempat pelancongan ini berada di dalam daerah Manjung. Kalau dah namanya tempat pelancongan, pastinya tidak lengkap jika anda tidak mencuba makanan yang menarik di sini. Jom kita tengok senarai tempat makan yang best di Manjung.
Warung ini memang sangat popular dengan pangunjung yang selalu ke Pangkor. Di sini mereka menyajikan makanan sarapan pagi dengan harga yang sangat murah haa best kan? Tapi yang lagi menarik dekat sini, warung ini bertentangan dengan pantai tau. Boleh la korang menghirup udara laut sambil makan sarapan pagi di sini.
Restoran ini memang sudah terkenal dengan masyarakat tempatan dan juga pelancong asing, memang tak sah la kalau pelancong luar datang makan di restoran ni. D’ Warisan menyediakan kira-kira 30 jenis lauk-pauk masakan Melayu yang lazat pada harga murah. Minuman pula boleh ditambah secara percuma. Restoran ini juga sangat luas dan boleh menempatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa.
Dulu kedai ni dipanggil Rojak Manjung sebelum mereka menukarnya kepada Warisan Rojak Manjung. Warisan Rojak Manjung menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari. Antara menu mereka yang selalu mendapat pujian adalah nasi lemak, mi goreng, bihun goreng, dan semestinya rojak. Rojak boleh didapati dalam 4 jenis set iaitu set makan seorang, dua orang, tiga orang, dan set makan empat orang.
Restoran ini memang selalu mendapat pujian daripada pelancong luar. Jaranglah nak dengar komen yang buruk tentang makanan mereka. Menu di Horizon Garden dipenuhi dengan pelbagai masakan tempatan. Hiasan dalamannya sangat kemas dan bersih. Suasananya kelihatan seperti anda sedang makan di hotel tau.
Korang pernah cuba makanan Thai dan Cina? Haa unik kan? dekat restoran ni mereka menyediakan masakan Thai dengan Cina. Kebanyakan pelanggan di sini juga mengatakan yang makanan di sini semuanya sedap-sedap belaka. Jadi, jika anda ingin bertukar selera atau memang meminati masakan Thai atau Cina, jemput datang ke Thainese Restaurant untuk merasai sendiri hidangan mereka.
Sumber: Saji.My
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…