Setiap tahun, seminggu sebelum raya, rakyat Malaysia pasti akan mula mencari lemang. Tapi, pasti anda pening kan dekat mana nak cari gerai yang jual lemang yang sedap dengan kualiti yang bagus? Haa anda tidak perlu risau lagi. Berikut ialah senarai sehenti penjual lemang yang sedap di sekitar KL dan Selangor.
Terletak di Jalan Batu Caves, Lemang Daun Lerek Greenwood merupakan pilihan utama bagi penduduk di kawasan ini kerana nasi dan bau lemangnya yang lembut dan wangi. Gerai ini selalunya akan dibuka setiap tahun, harga untuk lemangnya pula adalah diantara RM16 dan RM20. Selain lemang, gerai ini juga ada menjual Lemang pulut hitam dan dua jenis rendang yang sangat sedap iaitu rendang basah dan rendang kering.
Keistimewaan Lemang Bonda Subang ini adalah anda hanya boleh dapatkan lemang mereka semasa Ramadan dan Hari Raya je tau. Haa, jadi bila gerai ni bukak je memang ramai orang beli la sebab rasa lemang mereka memang dijamin sedap. Lemang mereka juga dijual diantara RM12 dan RM15 je. Untuk menu lain pun ada tau, mereka ada menjual lemang jagung dan pulut hitam iaitu menu popular mereka.
Pak Ali Lemang Asli adalah salah satu tempat kegemaran orang ramai untuk beli lemang. Gerai ini terletak di lebuh raya MRR2. Apa yang istimewanya lemang mereka ni adalah kerana nasinya yang lembut. Selain tu, rendang daging mereka yang lembut dan sedap ni memang dijamin sedap lah. Haa, kalau anda nak ke gerai ni, pastikan anda datang awal tau kalau tak anda kena beratur panjang pulak!
Tiada sesiapa pun akan berani menolak lemang dengan serunding Lan Lomang Al Azim ni tau sebab rasa dia memang power! Dengan harga dari RM14 hingga RM20, anda boleh mendapatkan lemang yang pelbagai saiz tau. Lauk-pauk lain seperti serunding daging, serunding ayam dan rendang ayam pun ada dijual di sini. Anda memang wajib datang ke gerai ini!
Bagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya, adan wajib pergi ke Lemang 12. Menu kat sini terdiri daripada lemang istimewa mereka iaitu lemang pulut hitam dan lemang jagung. Ramai orang suka dengan lemang mereka ni sebab nasinya yang wangi dan anda juga boleh beli lemang mengukit size kerana mereka ada menyediakan empat jenis saiz iaitu kecil, sederhana, besar dan lebih besar.
Raya dah nak dekat ni kan? Ini lah masanya untuk and serbu gerai lemang di atas! Selamat mencuba semua.
Sumber: lifestyleasia
Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…
Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…
Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…
Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…
Kulat sisir masak lemak merupakan hidangan klasik yang tidak pernah mengecewakan dan kali ini kita…
Telur puyuh masam manis adalah hidangan ringkas yang mampu memikat selera dengan rasa manis, masam…