Categories: Informasi

Resipi Roti Jala Mudah & Sedap, Lembut Sampai Esok Pagi Walaupun Dah Semalaman!

Roti jala merupakan salah satu sajian popular yang dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri. Digandingkan dengan kari ayam atau daging, ringkas namun sentiasa menjadi ‘rebutan’! Resipi roti jala ini tidak sukar, namun ada ada teknik dan petuanya untuk mendapatkan tekstur roti jala yang lembut dan tidak cepat rosak.

Jom cuba buat dengan menggunakan resipi hasil perkongsian oleh pengguna Facebook, Nor Al Fatihah ini. Roti jalanya bukan sahaja boleh bertahan lama, bahkan ia kekal embut walaupun sudah semalaman siap dimasak.

RESIPI ROTI JALA MUDAH, SEDAP & LEMBUT

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • 2 biji telur A
  • 1/2 tin susu cair (1 cawan)
  • 150ml minyak masak
  • 1500ml air
  • Sedikit garam
  • Pewarna kuning telur

Cara-caranya:

  1. Satukan semua bahan, kisar sehingga semuanya sebati.
  2. Tuangkan ke dalam botol (ada muncung 3) atau boleh guna acuannya jika ada. Sedia untuk dimasak.
  3. Guna kuali non-stick, leser sedikit minyak untuk kiraian yang pertama. Yang seterusnya tak perlu leser minyak.

  4. Lepas jala atas kuali, biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak perlu terbalikkan, boleh terus angkat dan gulungkan.

TIPS PENTING:

  • Jika nak makan pada keesokan pagi, boleh mula masak pada pukul 10 malam.
  • Pastikan roti jala sejuk sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas tertutup supaya lambat basi.

Roti jala sedia untuk dimakan dengan kari ayam atau ayam masak kuzi. Sedapnya!

Kredit: Nor Al Fatihah

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

8 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

9 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

9 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

10 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

12 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

13 hours ago