Categories: Resipi

Wanita Ini Kongsi Resipi Rendang Ayam Kegemaran Satu Keluarga, Sukatan Untuk 2 Ekor Ayam

Resipi Rendang Ayam yang memang sangat sedap, kuahnya sangat wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar, dikisar halus dan ditumis sehingga masak dengan sempurna. Hirisan daun kunyit pula menambahkan lagi keistimewaan rasa pada rendang ini.

Kalau nak lebih sedap, kena guna santan dari kelapa segar. Di pasar ada jual santan segar yang sudah diperah pada harga yang berpatutan. Sesuai dihidangkan bersama ketupat palas atau ketupat nasi pada sambutan hari Raya. Selamat mencuba.

Baca juga: Petua Rebus Nasi Impit Jimat Gas, Hasil Sama Macam Rebus 3 Jam. Tak Guna ‘Pressure Cooker’ Pun!

RESIPI RENDANG AYAM MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:

  • 2 ekor ayam
  • 15 ulas bawang kecil*
  • 2 labu bawang putih*
  • 6 inci halia*
  • 15 batang serai* (8 batang dihiris / 7 batang dititik)*
  • 3 ketul kunyit hidup**
  • 1 1⁄2 genggam cili api**
  • 1 mangkuk minyak
  • 1 1⁄2 kg santan
  • 5 senduk cili kisar
  • 4 sudu rempah kari ayam
  • 4 sudu kerisik
  • 2 sudu garam (sudu penuh)
  • 2 sudu gula
  • 3 helai daun kunyit
  • 1 keping asam keping

Cara-cara penyediaannya:

  1. Hiris semua bahan bertanda (*).
  2. Kisar hancur bahan bertanda (**)
  3. Panaskan minyak, masukkan bahan hiris tadi. Kacau perlahan dan masak sehingga pecah minyak dan garing.
  4. Masukkan serai yang dititik. Kacau rata.
  5. Masukkan pula cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak.
  6. Bila dah pecah minyak, masukkan bahan yang sudah dikisar tadi (cili dan kunyit). Kacau lagi sehingga garing.
  7. Seterusnya masukkan garam (untuk tahan lama). Kacau lagi sehingga garing.
  8. Masukkan ayam dan gaul rata (guna api sederhana) dan biarkan masak. Air ayam akan keluar sedikit semasa proses ini.
  9. Masukkan santan. Kacau perlahan-lahan di atas api sederhana sehingga kuah menjadi pekat.
  10. Masukkan rempah kari dan biarkan lagi sehingga pekat. Masukkan pula kerisik, daun kunyit dan asam keping.
  11. Seterusnya masukkan gula. Gaul rata.
  12. Tabur dengan hirisan daun kunyit sebagai hiasan dan juga rendang akan berbau wangi.

Rendang ni masih basah dan berkuah. Saya belum keringkan betul-betul. Esok pagi saya panaskan baru keringkan sikit lagi.

Kredit: Norzy Yusuff

Wan N

Recent Posts

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

28 minutes ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

16 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

16 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

16 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

17 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

17 hours ago