Categories: Resipi

12 Resipi Perapan Ayam Yang Sedap & Tak Bosan, Dari Garlic Parmesan Hingga Buffalo Ranch!

Perapan ayam yang sedap boleh buat rasa ayam lebih berperisa walaupun hanya dimasak dengan cara yang ringkas. Tak perlu pening fikir menu, cuma pilih jenis perapan yang sesuai dengan selera sebelum ayam dibakar, dipanggang atau dimasak menggunakan air fryer.

Kalau suka rasa berkrim dan berkeju, boleh cuba perapan Garlic Parmesan atau Pesto Parmesan. Bagi yang gemarkan rasa manis dan sedikit pedas pula, Sweet Chili, Sticky BBQ dan Honey Mustard antara pilihan yang menarik.

Ada juga pilihan yang lebih berempah seperti Smoky Cajun dan Chipotle Lime, selain perapan berasaskan sos seperti Teriyaki Ginger serta Buffalo Ranch. Jom cuba 12 idea perapan ayam ini untuk ubah rasa hidangan ayam di rumah.

Baca juga: Rupanya Ayam Pun Sedap Dibuat Kengsom, Kuah Masam Pedas Memang Ngam Dengan Nasi Panas!

12 RESIPI PERAPAN AYAM YANG SEDAP

1. Garlic Parmesan (Bawang Putih Parmesan)

  • 2 sdb minyak zaitun
  • 2 sdb keju parmesan parut
  • 1 sdk bawang putih
  • 1 sdk herba campuran italian (italian seasoning)
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

2. Sweet Chili (Cili Manis)

  • 2 sdb sos cili manis
  • 1 sdb kicap soya (soy sauce)
  • 1 sdk bawang putih
  • 1 sdk minyak bijan

3. Lemon Herb (Lemon & Herba)

  • 2 sdb jus lemon
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdk oregano
  • 1 sdk peterseli (parsley)
  • Lada hitam ditumbuk kasar (cracked black pepper)

4. Smoky Cajun

  • 2 sdb minyak zaitun
  • 1 sdk serbuk paprika
  • 1 sdk serbuk perasa cajun
  • 1 sdk serbuk bawang putih
  • Garam secukup rasa

5. Chipotle Lime (Chipotle & Limau Nipis)

  • 2 sdb minyak zaitun
  • 1 sdb jus limau nipis
  • 1 sdb cili chipotle cincang dalam sos adobo
  • 1 sdk bawang putih 1 sdk paprika berasap (smoked paprika) Garam secukup rasa

6. Sticky BBQ 

  • 2 sdb sos BBQ
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdk sos sorcestershire
  • 1 sdk serbuk bawang putih
  • 1 sdk paprika berasap (smoked paprika)

7. Pesto Parmesan

  • 2 sdb pesto selasih (basil pesto)
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdb keju parmesan parut
  • 1 sdk bawang putih
  • Lada hitam secukup rasa

8. Garlic Butter Herb (Mentega Bawang Putih & Herba)

  • 2 sdb mentega dicairkan
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdk bawang putih
  • 1 sdk peterseli (parsley)
  • 1 sdk taim (thyme)
  • Lada hitam secukup rasa

9. Honey Mustard (Madu & Mustard)

  • 2 sdb mustard dijon
  • 1 sdb madu
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdk serbuk bawang putih
  • 1 sdk serbuk paprika
  • Garam dan lada hitam secukup rasa

10. Teriyaki Ginger (Teriyaki & Halia)

  • 2 sdb sos teriyaki
  • 1 sdb kicap soya (soy sauce)
  • 1 sdk halia parut
  • 1 sdk bawang putih
  • 1 sdk minyak bijan

11. Creamy Ranch (Ranch Krim)

  • 2 sdb yogurt greek asli (plain greek yogurt)
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdk serbuk perasa ranch
  • 1 sdk serbuk bawang putih
  • 1 sdk daun dil kering (dried dill)
  • Lada hitam secukup rasa

12. Buffalo Ranch

  • 2 sdb sos buffalo
  • 1 sdb minyak zaitun
  • 1 sdb yogurt greek
  • 1 sdk serbuk bawang putih
  • 1 sdk serbuk bawang besar (onion powder)

Sumber: Thread

Baca juga: Resipi Kepak Ayam Bakar Air Fryer Guna 2 Bahan, Rasa Sama Macam Pizza Hut!

Wan N

Recent Posts

Ingatkan Gula Kelapa Untuk Buat Kuih Saja… Rupanya Ada 7 Kegunaan Lain Dalam Masakan!

Ramai menggunakan gula kelapa untuk membuat kuih tradisional kerana rasanya manis dan aromanya seakan karamel.…

9 mins ago

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

2 hours ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

2 hours ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

2 hours ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

3 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

3 hours ago