Categories: Resipi

Cuma 5 Bahan! Pasta Bake Pedas Ini Jadi Menu Makan Malam Mudah, Creamy & Sedap

Pasta bake pedas daging ini sesuai untuk anda yang mahukan hidangan pasta yang mengenyangkan dengan rasa tomato dan sedikit pedas. Keju cheddar yang dibakar hingga cair memberikan rasa lemak yang melengkapkan hidangan.

Jumlah serbuk cili boleh diubah mengikut tahap kepedasan yang disukai. Daging kisar yang dimasak hingga keperangan juga membantu memberikan rasa yang lebih sedap dan beraroma pada sos tomato.

Selepas makaroni digaul bersama sos, ia dimasukkan ke dalam bekas untuk dibakar bersama keju. Tidak perlu dibakar terlalu lama, cukup sekadar sehingga keju cair dan sedikit keperangan di permukaan.

Baca juga: Resepi Creamy Pasta Simple, Guna Bahan Ringkas Tapi Rasanya Macam Di Kafe

PASTA BAKE PEDAS


Bahan-bahan:

  • 1 paket pasta kecil pilihan
  • 1 paket keju cheddar
  • 1 botol sos pasta tomato
  • 500g daging kisar
  • 3 sudu besar serbuk cili, ikut tahap kepedasan

Cara Penyediaan:

  1. Rebus pasta sehingga empuk. Toskan dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan masak daging kisar sehingga keperangan.
  3. Masukkan serbuk cili dan gaul rata.
  4. Tuangkan sos pasta tomato dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos agak banyak supaya makaroni tidak terlalu kering.
  5. Masukkan pasta yang telah direbus dan gaul sehingga semua bahan sebati. Tutup api.
  6. Tuangkan pasta ke dalam bekas yang sesuai untuk dibakar.
  7. Taburkan keju cheddar dengan banyak mengikut citarasa.
  8. Bakar pada suhu 170°C selama 5–7 minit atau sehingga keju cair dan sedikit keperangan.

Sumber: Threads @faraherda

Baca juga: Resipi Creamy Pasta Yang Ringkas Tapi Sedap, Sos Berkrim Lembut & Tak Muak Langsung

Izzati

Recent Posts

Resipi Donut Bantal Versi ‘Malas’, Tak Perlu Uli Lama Atau Bentuk Bulat Satu-Satu!

Donut bantal antara pilihan menarik untuk dibuat sendiri di rumah, terutama apabila teringin menikmati kuih…

27 mins ago

Resipi Kubis Cina Gulung Berinti Ayam, Kukus 20 Minit Saja Dah Siap Untuk Menu Diet Sihat!

Cabbage rolls ialah hidangan menggunakan daun kubis yang dibalut bersama inti, kemudian dikukus sehingga masak.…

1 hour ago

Resipi Ayam Sambal Kangkung, Tips Kena Masuk Sayur ‘Last Minute’ Barulah Kekal Rangup!

Cara buat ayam sambal kangkung ini menggabungkan ayam goreng kunyit dengan sambal pedas yang pekat.…

1 hour ago

Puding Batik Biskut Marie Berlapis Coklat, Buat Malam Ini Esok Pagi Dah Boleh Makan!

Ada biskut Marie di rumah? Apa kata cuba buat puding batik biskut Marie yang berlapis…

2 hours ago

Ayam Kukus Halia Simple, Gaul Semua Bahan & Kukus 20 Minit Saja, Memang Mudah!

Nak masak lauk yang mudah tetapi tetap menyelerakan? Resipi ayam kukus halia simple ini boleh…

2 hours ago

Resipi Pari Asam Pedas Dengan Sentuhan Jintan Manis, Sekali Hirup Tak Pandang Lauk Lain!

Resipi pari asam pedas ini menggunakan gabungan jintan manis dan daun kesum untuk menghasilkan kuah…

3 hours ago