
Selalu kita ingat makanan proses itu cuma ‘fast food’ dan ‘junk food’ yang jelas tak sihat. Namun sebenarnya, ada banyak makanan harian yang nampak biasa dan dianggap sihat, tapi rupanya penuh dengan gula, garam dan bahan tambahan tersembunyi.
Contohnya, roti putih gebu, yogurt berperisa dan beberapa jenis makanan lain yang nampak seperti pilihan baik, tetapi hakikatnya tetap termasuk dalam kategori makanan proses yang perlahan-lahan boleh menjejaskan kesihatan. Inilah ‘perangkap tersembunyi’ yang ramai orang tidak sedar.
Oleh itu, mari kita tengok apakah 10 jenis jenis makanan yang ramai tak sangka sebenarnya tergolong dalam kategori processed food, beserta sebab kenapa ia tak seindah yang kita fikirkan.
Baca juga: Bukan Hanya Oren, Tapi Ada Banyak Lagi Buah-Buahan Lain Yang Kaya Vitamin C!
10 MAKANAN TAK DISANGKA SEBENARNYA ‘MAKANAN PROSES’

Berikut senarai makanan yang ramai tak sangka sebenarnya processed food, bersama sebab kenapa ia tidak sihat:
1. Roti putih atau roti sandwic
Dibuat daripada tepung terproses, rendah serat dan cepat menaikkan paras gula dalam darah.
2. Bijirin sarapan
Bijin ini sering dipromosikan sebagai pilihan sihat untuk kanak-kanak, tapi sebenarnya kandungan gula boleh jadi lebih tinggi daripada biskut manis.
3. Yogurt berperisa
Walaupun dilabel “low fat”, kebanyakan diganti diganti dengan gula yang tinggi. Malah lebih banyak daripada minuman soda.
4. Energy bar atau granola bar
Walaupun nampak sihat, tapi ia hampir sama dengan coklat bar kerana kandungan sirap dan gula yang tinggi.
5. Jus buah kotak atau botol
Kebanyakannya jus buah kotak atau botol ini hanya air gula berperisa tanpa serat sebenar daripada buah.
6. Sosej, nugget dan bebola daging atau ikan
Makanan ini dalam kategori ultra processed, penuh dengan pengawet, tepung, garam dan MSG.
7. Keju proses berbentuk slice
Keju keping ini sebenarnya bukan keju tulen, sebaliknya campuran susu, minyak dan bahan kimia tambahan.
8. Mee segera dan pasta segera
Dua makanan ini bukan sahaja digoreng dalam minyak tidak sihat sebelum dipaketkan, namun ia juga tinggi sodium dan MSG yang tidak elok untuk kesihatan.
9. Sup segera atau kiub pati
Tidak dinafikan, kiub pati ini sangat berguna untuk memasak. Tetapi sebenarnya ia sarat sodium dan perisa tiruan.
10. Minuman isotonik dan vitamin water
Kandungan gula dalam minuman isotonok ini hampir sama dengan air berkarbonat, sedangkan mineralnya sangat sedikit.
Sumber: Public Health Malaysia
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














