jus avocado

Kalau anda sedang mencari minuman yang segar dan mudah disediakan, memang wajib cuba resepi jus avocado ini. Rasanya lemak berkrim, manis dan sangat menyegarkan apabila diminum sejuk.

Buah avocado terkenal dengan pelbagai khasiat. Apabila dikisar bersama susu, kurma dan sedikit coklat, hasilnya menjadi jus yang pekat, berkrim dan begitu enak. Sesuai diminum ketika cuaca panas.

Buat sendiri jus avocado bukan sahaja lebih jimat, malah anda boleh sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing. Mahu lebih manis atau kurang manis, semuanya boleh diolah. Memang berbaloi untuk dicuba!

Baca juga: Resipi Jus Sedap Guna Isi Rambutan, Minum Sejuk-Sejuk Sangat Menyegarkan!

RESEPI JUS AVOCADO CREAMY DAN SEGAR BILA DIMINUM

jus avocado

Bahan-bahan:

  • 2 biji avocado (buang kulit)
  • 1 kotak kecil susu full krim
  • 5–6 biji kurma (buang biji)
  • 1 cawan air sejuk
  • Susu pekat (ikut tahap kemanisan yang disukai)
  • Sos coklat secukupnya

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
  2. Tuang sos coklat pada dinding tepi cawan sebelum masukkan jus avocado supaya
  3. nampak lebih menarik.
  4. Simpan sekejap dalam peti sejuk, kemudian hidangkan sejuk-sejuk.

Tips pilih buah avocado:

  • Pilih avocado yang kulitnya dah bertukar daripada hijau kehitaman.
  • Kalau beli yang masih keras dan belum masak, simpan saja pada suhu bilik.
  • Jangan letak dalam peti sejuk sebab ia akan lambat masak.

Hasilnya memang creamy, manis berlemak dan segar bila diminum sejuk-sejuk. Buat sendiri di rumah pun dah rasa macam beli di kedai!

Sumber: Nana Ismail

Baca juga: Resipi Air Jus Oren Yang Menyegarkan, Buat Sendiri Boleh Minum 1 Jag!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN