Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 20 Minit
Hidangan: 4 Orang

Bagaimana cara nak masak Ubi Kayu Goreng Berempah Ratus?


Bahan-bahan diperlukan:

  • 500 gram ubi kayu (Dipotong kecil) 
  • Garam secukup rasa 
  • 5 biji bawang merah (Ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (Ditumbuk)
  • 3 sudu makan udang kering (Ditumbuk)
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 sudu makan serbuk kari 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Basuh ubi kayu dan dituskan airnya. 
  2. Rebuskan ubi kayu dengan sedikit garam sehingga empuk. Tuskan airnya sehingga kering. 
  3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk, daun kari, serbuk kari, dan serbuk kunyit sehingga wangi dan pecah minyak. 
  4. Masukkan ubi kayu dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati. 
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Leave a comment