resepi kerepek peria rangup

Ramai tak tahu, peria sebenarnya boleh jadi kerepek yang sangat rangup, sedap dan langsung tak pahit. Kalau anda sedang cari resepi Kerepek Peria rangup yang mudah dibuat dan hasilnya memang menjadi setiap kali, ini adalah resipi yang wajib cuba.

Bahan ringkas, teknik mudah dan paling penting, semua peringkat umur boleh makan, termasuk yang langsung tak suka peria!

Baca juga: Cara Mudah Hilangkan Pahit Peria Dengan 3 Bahan, Rangup Dan Sedap Dimakan!

RESEPI KEREPEK PERIA RANGUP

resepi kerepek peria rangup

Bahan-bahan:

  • Peria biasa
  • Tepung goreng serbaguna – 1 kg
  • Tepung beras – ½ kg
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

1. Sediakan peria

  • Ambil peria biasa.
  • Kalau saiz besar/gemuk, belah dua dulu.
  • Sagat nipis sehingga menjadi kepingan halus.
  • Tak perlu basuh peria.
  • Jika berair, perah sedikit untuk buang lebihan air.

2. Salut dengan campuran tepung

  • Campurkan 1 kg tepung goreng serbaguna + ½ kg tepung beras.
  • Gaul peria hingga bersalut rata.
  • Ayak/goncang lebihan tepung supaya tak melekat berdebu.

3. Goreng hingga betul-betul rangup

  • Panaskan minyak banyak.
  • Goreng peria sehingga keemasan, kering dan garing.
  • Toskan minyak.

4. Sejukkan

  • Berat siap anggaran ±245g untuk satu batch.
  • Pastikan sejuk sepenuhnya sebelum disimpan.

Tip Untuk Kerepek Peria Lebih Garing

  • Minyak mesti betul-betul panas sebelum menggoreng.
  • Jangan masukkan peria terlalu banyak sekali gus.
  • Kalau nak pedas, guna tepung goreng serbaguna perisa pedas
  • Simpan dalam bekas kedap udara selepas sejuk.

Kalau anda nak buat kudapan homemade atau nak cuba bisnes kecil-kecilan, resepi Kerepek Peria rangup memang berbaloi. Bahan mudah, cara ringkas, dan rasa yang tak pahit buatkan ramai suka.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizah Ishak

Baca juga: Kerepek Pisang Gula, Petua Orang Lama Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Lebih Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN