kuih masalodeh

Kalau sebut kuih masalodeh, mesti ramai terus teringat rasa rangupnya di luar dan lembut di dalam. Aromanya yang wangi dengan daun kari dan rempah memang cukup membuka selera. Kuih ini bukan saja sedap untuk sarapan pagi, tapi juga pilihan terbaik waktu minum petang bersama keluarga.

Walaupun nampak macam susah nak buat, sebenarnya resepi kuih masalodeh ini mudah saja. Cuma perlukan kacang dhal, bawang, cili dan sedikit rempah. Hasilnya memang padu!

Baca juga: Wanita India Kongsi Cara Masak Ayam Varuval, Rempah Wangi, Rasa Pun Padu!

RESEPI KUIH MASALODEH

kuih masalodeh

Bahan-bahan:

  • 2 cawan kacang dhal – direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam
  • 1 labu bawang besar – dihiris nipis
  • 5 tangkai cili kering – dihiris halus
  • 3 tangkai daun kari – diracik
  • 1 biji cili hijau (jika suka) – dihiris
  • 1 biji cili merah (jika suka) – dihiris
  • 1 ½ sudu besar jintan manis – ditumbuk
  • 1 sudu teh garam halus (atau secukupnya)
  • ½ sudu teh gula
  • Sedikit serbuk perasa (jika suka)

Cara-cara:

  1. Toskan kacang dhal yang telah direndam. Kisar menggunakan blender bersama sedikit air hingga hancur. Jika ada sedikit biji dhal yang tidak hancur pun tidak mengapa, Itu yang buat masalodeh lebih sedap!
  2. Selepas dikisar, tapis dan biarkan seketika supaya lebihan air keluar. Tekan-tekan sedikit supaya tidak terlalu banyak air, kerana adunan yang terlalu cair akan mudah berderai ketika digoreng. Ambil sedikit mendapan air kisaran yang pekat di bahagian bawah dan campurkan ke dalam adunan. Ibi berfungsi sebagai agen pelekat.
  3. Kemudian, masukkan semua bahan lain dan gaul hingga sebati. Pastikan rasa masin dan manisnya seimbang.
  4. Panaskan minyak yang banyak. Ambil sedikit adunan (saiz sederhana), bulatkan dan leperkan di atas tapak tangan. Masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  5. Goreng menggunakan api sederhana hingga keemasan. Bila dah masak, angkat dan toskan minyaknya.

Sumber: Nur Masri

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN