resepi roti coklat chip

Resepi roti coklat chip memang antara pilihan terbaik kalau teringin menikmati roti homemade yang lembut, gebu dan dipenuhi coklat chip yang cair apabila digigit. Bukan saja sesuai dijadikan sarapan, malah enak dinikmati ketika minum petang bersama secawan kopi atau teh panas.

Menariknya, resipi ini menggunakan satu bahan yang mungkin ramai tak sangka iaitu cuka. Walaupun cuma letak satu sudu, ia dipercayai cuka membantu menghasilkan tekstur roti yang lebih lembut dan gebu. Hasilnya, roti menjadi lebih ringan dan sedap dimakan walaupun selepas beberapa jam dibakar.

Kalau selama ini anda rasa membuat roti di rumah itu susah, resipi ini memang sesuai untuk dicuba. Langkah penyediaannya mudah, bahan-bahan pula senang didapati. Ikuti sahaja sukatan dan cara penyediaan di bawah.

Baca juga: Resipi Roti Golok Kelantan Homemade, Lembut, Gebu & Manis Bermentega Macam Beli Di Kedai!

RESEPI ROTI COKLAT CHIP

resepi roti coklat chip

Bahan A:

  • 200 ml susu segar (fresh milk)
  • 1 biji telur
  • 1½ sudu makan yis kering
  • 2 sudu makan gula pasir
  • 1 sudu makan cuka

Bahan B:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu makan marjerin atau mentega
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan minyak masak

Bahan C:

  • 1 cawan coklat chip

Cara-cara penyediaan:

  1. Satukan semua Bahan A di dalam sebuah mangkuk dan kacau sehingga semuanya sebati.
  2. Masukkan Bahan B sedikit demi sedikit, kemudian uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lagi melekat pada tangan.
  3. Tutup doh dan biarkan ia mengembang selama 45 minit hingga 1 jam, atau sehingga saiznya menjadi dua kali ganda.
  4. Selepas doh mengembang, tumbuk perlahan untuk mengeluarkan angin.
  5. Masukkan coklat chip dan uli seketika sehingga coklat chip bercampur rata.
  6. Bahagikan doh kepada 9 bahagian yang sama besar.
  7. Bentukkan setiap doh menjadi bulat dan susun di dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak atau dialas dengan baking paper.
  8. Rehatkan doh selama 30 minit supaya ia mengembang sekali lagi.
  9. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama kira-kira 30 minit, atau sehingga permukaan roti bertukar perang keemasan. Masa pembakaran mungkin berbeza mengikut jenis ketuhar.
  10. Setelah masak, keluarkan roti dan segera sapukan permukaannya dengan marjerin atau mentega supaya roti kekal lembut dan berkilat.

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Resepi Roti Canai Mudah Homemade, Guna 4 Bahan Je Tapi Hasilnya Macam Beli Di Kedai

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN