
Nak tahu cara buat kerepek pisang yang rangup, cantik warna dan sedap macam beli di kedai? Jangan risau! Dengan panduan langkah demi langkah ini, walaupun beginner, anda boleh hasilkan kerepek pisang homemade yang rangup dan garing.
Ramai yang gagal sebab kerepek lembik, melekat atau warnanya pucat. Ikut tips ini, hasilnya pasti memuaskan hati.
Baca juga: Resepi Muruku Rangup Tanpa Acuan, Wanita Ini Kongsi Cara Buat Guna Plastik
CARA BUAT KEREPEK PISANG RANGUP

Bahan-bahan:
- 4-5 biji pisang yang tua tapi belum masak sepenuhnya
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil kunyit atau pewarna kuning untuk warna cantik
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
- 4-5 sudu marjerin supaya kerepek lebih rangup
Cara-cara penyediaan:
1. Kupas pisang, basuh bersih, dan rendam dalam air garam selama beberapa minit. Cara ini membantu pisang tidak melekat dan kekal cantik selepas digoreng.
2. Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, kemudian masukkan marjerin. Marjerin membantu kerepek menjadi lebih rangup dan garing.
3. Masukkan pisang yang telah disagat terus ke dalam minyak panas. Tip ini penting supaya kerepek tidak melekat antara satu sama lain.
4. Campurkan kunyit atau pewarna kuning dengan garam dan sedikit air suam. Masukkan bancuhan ini ke dalam kuali. Anda akan dengar bunyi berdesir, kacau sehingga bunyi hilang.
5. Gunakan api sederhana. Goreng pisang sehingga kekuningan dan rangup. Jangan terlalu lama supaya kerepek tidak keras.
6. Angkat kerepek, tos minyak dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum simpan dalam bekas kedap udara.
Tips Tambahan Cara Buat Kerepek Pisang
- Pilih pisang yang belum terlalu masak supaya kerepek tidak lembik.
- Pastikan minyak betul-betul panas sebelum goreng.
- Simpan kerepek dalam bekas kedap udara supaya rangup tahan lebih lama.
Sekarang anda tahu cara buat kerepek pisang rangup dan sedap di rumah. Mudah, cepat, dan sesuai untuk dijadikan kudapan atau hadiah!
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Masri
Baca juga: Kerepek Pisang Gula, Petua Orang Lama Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Lebih Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














