Sup Salad

Kategori: Resipi Ringkas, Snek
Masa Penyediaan: 0 Jam 0 Minit
Hidangan: 1 Orang

Cepat & sedap dimakan.


Bahan-bahan diperlukan:

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang merah
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 cawan air
  • 1/4 biji salad ('lettuce')
  • Garam secukup rasa
  • 1 1/2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)

Cara menyediakan dan memasak:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
  2. Cincang bawang putih,merah dan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan air bersama kiub ayam, renehkan sup sampai mendidih,
  4. Sup yang memdidih tadi ditambah sedikit garam kacau dan tutup api.
  5. Masukkan salad biar layu seketika & boleh dihidang bersama ikan bilis goreng tadi.

Leave a comment