kuah sengkuang calit

Sos Sengkuang Calit Simple Dan Sedap, Guna RESIPI Ini.

Sedapnya Sos Sengkuang Calit ni. Jom cuba buat secara homemade. Kalau dulu, sekeping harganya dalam RM0.50 tapi sekarang boleh mencecah RM2 sekeping.

Antara satu menu yang popular jika menceritakan tentang sengkuang adalah sengkuang calit. Sekarang, kita boleh lihat banyak gerai di tepi jalan menjual sengkuang calit yang sedap dan lazat.

Baca juga: Sos Hijau Vietnam Roll, Resipi Viral TikTok! Sekali Cuba Mesti Nak Lagi

Agak mahal tapi tak apa, anda pun boleh buat sendiri sos ni secara homemade menggunakan resipi perkongsian Cik Puan Zaitun Abd Hamid.

Memang berbaloi cuba. Boleh makan banyak kali. Nak jadikan kuah rojak pun boleh.


RESIPI SOS SENGKUANG CALIT

sos sengkuang calit

Bahan kisar:

  • 1 senduk cili kisar
  • 1/2 senduk cili sos
  • Sedikit belacan
  • 5 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar taucu
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit gula
  • 1 sudu pes asam jawa adabi

Bahan topping: 

  • 1 cawan kacang 
  • 2 sudu gula
  • 2 sudu serbuk asam boi

Cara penyediaan: 

1. Semua bahan-bahan kisar, blend bagi sebati.

2. Masak di atas api yang perlahan. Sampai betul-betul pekat dan perasakan sos dengan cukup.

3. Lepas siap, sediakan bahan-bahan topping pula.

4. Potong bulat-bulat sengkuang. Kemudian sejukkan.

5. Lepas itu boleh la calitkan sos dan taburkan bahan topping di atas. Sedia untuk dinikmati.


Selamat mencuba!

Baca juga: Cottage Pie Dengan Sos Bolognese Daging & Kentang Lenyek, Sedap Tau!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN