cucur sayur gebu

Kalau anda sedang mencari resipi cucur sayur gebu yang senang, cepat dan memang menjadi, inilah resipi yang patut cuba. Cucur sayur ini tak perlu banyak bahan pun, tapi hasilnya puas hati. Luar rangup, dalam lembut dan gebu. Sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang.

Ramai orang gagal buat cucur elok sebab adunan terlalu cair atau minyak tak cukup panas. Dengan teknik yang betul, cucur anda akan naik cantik dan tak berminyak. Kalau nak tambah udang, tauge atau apa-apa sayur lain pun boleh. Jom kita tengok bahan dan cara buat cucur sayur yang sedap sangat ini di bawah.

Baca juga: Resipi Cucur Jagung Yang Rangup Sampai Malam, Dah Sejuk Pun Masih Sedap!

RESEPI CUCUR SAYUR GEBU

cucur sayur gebu

Bahan-bahan:

  • 100g daun bawang (dihiris)
  • 100g daun kucai (dihiris)
  • 200g lobak merah (disagat)
  • 200g bawang merah (dihiris)
  • 120g ikan bilis (ditumbuk kasar)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 500g tepung self-raising
  • Air secukupnya (jangan terlalu cair)

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan dalam satu mangkuk besar supaya mudah digaul.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga adunan menjadi pekat sederhana, cukup untuk disenduk tanpa mengalir.
  3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng supaya cucur cepat naik dan tak serap minyak.
  4. Jemput adunan menggunakan sudu atau tangan, kemudian jatuhkan perlahan-lahan ke dalam minyak panas.
  5. Goreng dengan api sederhana-besar sehingga cucur bertukar keperangan dan permukaannya menjadi rangup. Pusingkan beberapa kali untuk masak sekata.
  6. Angkat, toskan minyak berlebihan dan hidangkan ketika masih panas untuk rasa yang paling sedap.

Sumber: Siti Nor Farahin

Baca juga: Resepi Cucur Jejari Ketam Rangup, Makan Panas-Panas Memang Layan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN