Kuih Sagu Merah

Kategori: Nusantara, Masakan Melayu
Masa Penyediaan: 1 Jam 0 Minit
Hidangan: 2 Orang
Tags:

Jom buat kuih klasik ni!


Bahan-bahan diperlukan:

Bahan-bahan:
- 2 1/2 cawan air
- 1/2 cawan sagu
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu kecil perisa ros
- 1 sudu kecil pewarna merah
- 2 helai daun pandan
- 1 cawan kelapa parut
- 1/2 sudu kecil garam
- Minyak


Cara menyediakan dan memasak:

Cara-cara:
1. Di dalam periuk, masukkan air, sagu, gula, perisa ros, pewarna merah dan daun pandan. Reneh hingga pekat.
2. Sapukan loyang dengan minyak. Masukkan adunan sagu dan kukus selama 20 minit. Kemudian, sejukkan 20 minit. Kemudian, sejukkan sehingga menjadi keras.
3. Gaul kelapa parut bersama garam.
4. Potong kuih sagu dan salutkan dengan kelapa parut.
5. Siap untuk dihidang!


Leave a comment